Tawakal

"Eh, kau ni tak kuncikan motor kau ke, Syed? Nanti orang curi baru tau" - tanya seorang sahabat
"Err.. kejap je takpe kot.. Lagipun kat hospital ni rasanya takde pencuri kot.." ^-^! balasku naif 
"Eh, kau tak boleh macam ni..! Kalau kau nak motor kau selamat, kau kena usaha jugak. Tahu tak ada satu kisah sahabat Nabi dulu?
Ha'ah, sering aku terlupa akan satu kisah nasihat ketika zaman nabi dulu. Jadi ingin aku kongsikannya di sini agar diri dapat lebih beringat, serta semoga bermanfaat kepada pembaca lain juga. (nota - oh ya, format penulisan dan penceritaan kisah aku yang kongsikan ni adalah olahan sendiri, namun hendaknya mesej dan isi cerita tidak berubah ^-^)

-------------------------------------------<kisah bermula>-------------------------------------------------

Diperihalkan Rasulullah s.a.w didatangi sahabat (naik unta) dari jauh. Setelah bertemu;
Rasulullah s.a.w bertanya, "Dengan apa kau datang ke sini?" 
Sahabat menjawab, "Dengan (menunggang) unta, ya Rasulullah"
Rasulullah s.a.w berkata, "Di mana engkau letakkan unta mu itu?"
Sahabat menjawab, "aku lepaskan ia (maksudnya tidak berikat di mana-mana pokok/ bangunan) begitu sahaja"  
 Rasulullah s.a.w bertanya kembali, "Kenapa kau tak *ikat unta mu?" (*ikat ni merujuk kepada ikat unta agar ia tidak hilang / dicuri)
"Aku berserah saja kepada Allah s.w.t (untuk menjaganya)"
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "Sebaiknya engkau ikat dahulu untamu, setelah itu baru engkat berserah kepada Allah s.w.t" 
---------------------------------------------<kisah tamat>-------------------------------------------------

Dari kisah tersebut, aku percaya ramai akan dapat idea bahawa perlunya kita berusaha dulu sebelum tawakal kepada Allah. Dalam kisah tersebut, perlunya kita ikat unta itu baik-baik dulu kemudian barulah berserah kepada Allah. Maksud bila dah ikat, baru kita berserah kepada Allah akan segala takdir yang berlaku..
Ibnu Rajab rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam tatkala menjelaskan hadits no. 49 mengatakan, “Tawakal adalah benarnya penyandaran hati pada Allah ‘azza wa jalla untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya baik dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepada-Nya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahwa ‘tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata‘.” - Dari artikel 'Tawakal yang Sebenarnya — Muslim.Or.Id' 
Sama juga, boleh diaplikasikan dalam kehidupan sekarang ni. Tak kira la apa jenis barangan sekali pun (motor, handphone, komputer), perlunya kita berusaha mengambil langkah penjagaan yang baik sebelum berserah kepada Allah..
"Hai orang-orang yang beriman, ambillah sikap waspada.” (Surah An-Nisa 4: 71) - Dari artikel 'Tawakal yang Sebenarnya — Muslim.Or.Id'
Yeah, satu nasihat yang berguna v_v aku tak boleh nak berfikir naif sangat bahawa banyak orang baik kat dunia ni..
"Semoga Hazran lebih menyerlah selepas ini.. Aamiin.." <-- Kalau keliru 'aku mengarut apa ni?', sila rujuk entri maksud nama
^-^ aku juga sekadar insan biasa yang perlukan bimbingan dan ingatan
 Some other stream of thought
Konsep tawakal ni sebenarnya lebih meluas, tak terhad kepada penjagaan barang semata-mata. Bahkan rezeki dan segala takdir yang bakal berlaku, semuanya melibatkan tawakal --- to be continued...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)