Batasan umur?!

"EH! BUDAK-BUDAK TAK BOLEH MEROKOK! Kalau nak merokok, tunggu bila dah besar nanti~" - marah seorang perokok apabila kanak-kanak cuba meniru perlakuannya.. 
"(Dah tu! Apa yang buat kau (orang dewasa) bebas untuk merokok pulak?)" - bisik hatiku acap kali mendengar sebagai respon balas dalam diam
*Nota - dalam entri ni aku guna contoh mudah (merokok), boleh ditukar kepada apa-apa jenis perbuatan mungkar yang lain (eg. minum arak, mencuri, zina dan lain-lain)  

Fokus - Nasihat tidak ada batasan umur
Demikianlah antara skrip (marah) yang sering aku dengar apabila budak-budak cuba meniru kelakuan orang dewasa.. Jadi persoalan yang timbul dalam diri, "Apakah yang membuatkan orang dewasa fikir diri sudah layak untuk merokok? Kenapa mesti menjebakkan diri dalam perkara yang merbahaya (misalnya aspek kesihatan)? Kenapa sesuka hati menetapkan pendirian sedemikian pula?"
"Dia dah besar! Pandai-pandai la dia bezakan baik dan buruk.. Buat apa nak sibuk-sibuk.."
Ayat atas ni adalah antara respon yang aku terima bila melibatkan orang dewasa merokok, lantaran dah diketahui betapa merokok itu membahayakan kesihatan. Secara jujur, aku tak suka dengan pendirian tersebut.
"Tak kira apa berapa umur dan usia sekali pun, (perlakuan) yang tak baik dan merbahaya tetap tak berubah (iaitu kekal tak baik walaupun dilakukan oleh orang dewasa). Walau kanak-kanak atau dewasa sekali pun, aku percaya mereka tetap perlu dinasihatkan.."
sejajar dengan Firman Allah s.w.t dalam Kitabnya, antaranya dari Surah Luqman..
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki (diambil berat) melakukannya" - Surah Luqman 31:17 
Jadi ringkasnya, kita sebagai umat Islam wajib menasihati kawan-kawan dan sahabat handai tak kira orang muda atau tua agar mereka memperbaik diri menjauhkan dari perbuatan mungkar. Bukanlah hanya kepada golongan umur tertentu sahaja..

Astagfirullah Al-'aziim..

Some other stream of thought
Mutakhri ni aku terjumpa satu klip video nasihat yang hangat dikongsikan di laman sosial Facebook, dan sekali lagi aku ingin sisipkan dalam blog agar kekal sebagai peringatan dari semasa ke semasa..
(Nota - ala, sayangnya klip video tak boleh didapati dari YouTube, maka aku berikan link sahaja. Sila luangkan masa tengok video seminit lebih ni ^-^! --> REALLY TOUCHING BANNED AD)

Dah tengok dah? ^-^! Spoiler alert! klip video tersebut menyampaikan mesej betapa kanak-kanak akan cuba meniru orang dewasa berdasarkan apa yang dilihatnya. Jadi, kalau dilihatnya itu contoh yang buruk maka demikian juga yang diikutnya tanpa memikirkan baik dan buruknya perlakuan tersebut.

Sepintas lalu, terlintas dalam kotak fikiranku:
"Adakah ini bermakna kita boleh lakukan perangai tersebut sekiranya kanak-kanak tak berada di samping kita? (dengan kata lain, kita 'berlakon' baik hanya di depan kanak-kanak semata-mata, tujuan utamanya demi membentuk peribadi mereka)"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)