Buka puasa

Hari (tarikh entri) ni, aku sertai rancangan 'berbuka di luar' oleh semua adik-beradikku dan keluarga masing-masing (ni bagi kakak dan abang aku yang dah berkeluarga sendiri). Aku tak ingat sejak bila, tapi setiap kali Ramadhan, pastinya akan ada satu sesi IFTAR bersama-sama (semua ahli keluarga) di tempat yang luar biasa sikit. Tempat pilihan adalah secara rawak, asalkan kos tidak terlalu mahal dan juga ada kemudahan untuk solat dan tandas..
"Apa-apapun, tampak semua orang gembira bila berbuka sama-sama ^-^ bestnya suasana ni, aku suka tengok.."
Fokus - Kegembiraan ketika berbuka
Aku teringat akan satu hadith berkenaan hal puasa ni, seperti yang berikut;
"...Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan (iaitu); apabila berbuka ia gembira di waktu berbukanya, dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau diteliti isi tersebut, hadith tersebut menerangkan orang yang berpuasa akan bergembira ketika waktu berbuka ^-^ ada beberapa implikasi yang boleh difikirkan, antaranya;

gambar hiasan ^-^! random
  • Setelah mengharungi lapar dahaga berpuasa sepanjang hari, tak dapat dinafikan sesiapa pun pasti berasa gembira apabila beroleh semula nikmat tersebut (juga dipersoalkan dalam entri jerebu)
  • Suasana berbuka yang digambarkan (setidaknya pada zaman Rasulullah s.a.w dulu) ialah orang Islam berbuka ramai-ramai dan sama-sama, iaitu mereka berkongsi makanan dalam satu talam (aku dapat idea sebegini sebab pernah join IFTAR surau suatu masa dulu).. Jadi mereka lapar sama-sama dan makan sama-sama ^-^ bila fikirkan situasi tersebut, aku terbayangkan suasana gembira mereka apabila mereka saling berkongsi lauk yang sama..
Dari suasana tersebut, tiada diskriminasi timbul terhadap sesetengah golongan. Baik kaya/ miskin atau tua/muda, masing-masing beroleh juadah berbuka yang sama rata.. jadi boleh dikatakan pihak miskin turut bergembira dapat menikmati juadah yang sama rata (berbanding dengan yang kaya)
"Isn't it wonderful?"
Wallahu a'alamu ^-^ Allah Maha Mengetahui akan segala hikmah sesuatu perkara itu, sedangkan aku hanya fikir sekadar yang mampu sahaja.

Some other stream of thought
  • Berdasarkan pemikiran tersebut, aku juga menetapkan pendirian dalam rutin harianku agar berusaha makan sama-sama. Maksudnya ketika keluar makan luar, kalau makanan aku dah sampai dulu --> aku akan cuba tunggu semua makanan kawan-kawan yang lain sama juga baru aku mula makan (agar masing-masing rasa gembira dapat menikmati makanan, sama-sama) ^-^ 
"Jadi aku harap yang pernah keluar dengan aku tu faham-faham la ye kenapa aku tunggu makanan korang punya sekali walaupun nasi aku dah sejuk.."
  • Adanya risiko keluar IFTAR kat luar ni, iaitu apabila kita makan berbayar (mahal sikit) secara langsung kita akan rasa nak makan banyak. Perbuatan ni tak sesuai dengan saranan Islam, terutamanya pada bulan Ramadhan ini umat digalakan lebih banyak beribadah.. Jom kita tengok klip seminit ni..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)