menjelang Ramadhan 1434H

Bulan ramadhan datang lagi~ Alhamdulillah, kerana berpeluang dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh berkat ini. Sebelum mula bulan puasa esok hari ni, marilah kita ulangkaji semula arahan Allah yang mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan. Dari surah Al-Baqarah 2:183..


Demikianlah, bulan Ramadhan ni setahun (hijriyah, 'tahun islam') sebulan je. Namun, dalam sebulan ni Allah telah melimpahkan rahmatNya ke atas semua umat Islam. Antaranya ada disebutkan dalam hadith berikut;
"Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah s.w.t telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu semua syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan pada malam ini, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan" (Riwayat Ahmad)
Kalau dihayati firman Allah dalam ayat tersebut, puasa yang sebenar-benarnya patut melahirkan diri yang lebih bertaqwa. Jadi jomlah kita sama-sama berusaha memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan ini.. Apa nak buat? Sebelum mula ni, jom kita buat senarai semak amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan (sumber banyak didapati di laman internet serta majalah islamik sempena ramadhan)..

Namun, tidak seperti Ramadhan yang lalu, kali ni aku akan menempuhi Ramadhan dengan suasana bekerja. Kalau sebelum ni aku mempunyai lebihan masa untuk sertai tarawikh, tadarus dan macam-macam (sebab kelas hanya pada siang hari, sementara malam kita bebas) namun cabaran bekerja ni apabila melibatkan shif malam..
"kali pertama kerja dalam bulan Ramadhan, tentulah aku tak pasti apakah kemungkinan sempat atau tak untuk beramal, namun insya-Allah akanku usahakan.." v_v
Menarik! Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menjelaskan bahawa puasa mempunyai 3 tingkatan (tahap) iaitu:
  1. Puasa umum - menekankan aspek supaya menjauhkan diri dari perbuatan zahir yang boleh membatalkan puasa sahaja (eg. makan, minum)
  2. Puasa Khusus - ditambahi menjauhkan diri dari perkataan, pendengaran, penglihatan, tindak-tanduk yang boleh mencacatkan pahala puasa
  3. Puasa hati - sentiasa berzikir kepada Allah dan mengawal hati dari dicerobohi cita-cita dan kehendak duniawi yang memperdayakan..
Manakah tahap kita? Aku terumbang-ambing antara 1 dan 2 tapi insya-allah aku terus berusaha.. 

Menjelang ramadhan ni, aku nak kongsikan lagu niat puasa dari Raihan ^-^! Raihan lagi..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)