Preemptive strike!

"*no10 (*antara golongan yang awal) first day exam v_v Ya Allah, tetapkan hati ini, redhakan aku atas pilihanMu" - status seorang sahabat menjelang hari final examnya..
Teringat juga, aku pun turut menghadapi situasi yang lebih kurang sama baru-baru ni..
"Tomorrow, please come see me (for assessment) first thing in the morning.." - beritahu supervisor 
"(Morning?! i thought i will have more time to study if it is afternoon.. ^-^! just great~)" - bisik hati
Awalnya dah kena! Giliran awal~ ni lantas aku teringat satu istilah dari game kegemaran aku - preemptive strike. Takpe, jom tengok fokus...

Fokus - *Preemptive strike
gambar hiasan (FFXIII - preemptive strike)
Apa tajuk fokus ni? Istilah ni aku belajar dari game Final Fantasy yang mana ada kalanya pemain boleh membuat serangan awal (hendap) kepada musuh mendatang. Situasi begini memang satu kelebihan sungguh kepada pemain untuk menang dalam pertempuran.. Kalau disemak maksudnya menurut Dictionary.com (ada banyak maksud untuk konteks yang berbeza, namun aku hanya pilih satu yang sesuai) :
"preemptive:to forestall or prevent (something anticipated) by acting first;preclude; head off"
Jadi isi yang cuba diketengahkan ialah kalau diamati game tersebut cuba menyampaikan mesej betapa tindakan awal memberi pulangan yang baik lagi bermanfaat. Demikian juga hakikatnya apabila diaplikasikan dalam dunia realiti yang mana giliran yang awal mempunyai manfaat tersendiri..

Mungkin ramai yang beranggapan giliran yang tengah atau akhir adalah antara yang baik. Rasionalnya mereka mempunyai masa tambahan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan memori yang kukuh. Namun, apabila diamati hakikatnya giliran yang awal itu lebih mempunyai kelebihan yang mana:
  • Examiner sentiasa ingin memulakan harinya dengan mood yang ceria dan baik. Kesannya dia akan lebih bertoleransi dengan apa-apa kekurangan / kecuaian kita (sebab nervous exam).
  • Kita tak diganggu oleh tekanan sekeliling. Misalnya apabila kawan seperjuangan yang lebih awal dari kita dah habis, mereka sambil lewa boleh 'psycho' kita dengan apa-apa jenis reaksi sekalipun. Maka pendirian kita lebih goyah lagi ragu-ragu untuk beri yang terbaik
english version - early bird catches the worm
Teringat aku akan satu hikmah bahasa Arab yang dipelajari di bangku sekolah dulu:
الطائر مبكرا يفوز بالدود
(Burung yang awal akan memenangi cacing)

Juga bertujuan menyampaikan mesej yang sama, iaitu orang yang awal lebih mudah mendapat manfaat jika nak dibandingkan dengan orang yang lewat.. Logiknya, burung yang keluar awal mencari rezeki akan mendapat banyak hasil, sedangkan burung yang keluar lewat mencari rezeki mempunyai sumber yang lebih terhad (kerana telah digunakan oleh burung-burung sebelumnya)

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar sentiasa menjadi golongan yang awal ni.. Insya-allah, manfaat dan kelebihannya itu sentiasa lebih baik untuk kita ^-^
"Antara 'awal' dan 'lewat', tentunya 'awal' itu satu perkataan yang berciri positif. Jadi mengapa perlu pilih yang sebaliknya pula.. " ^-^!   
Some other stream of thought
  • Solat Subuh yang difardhukan ke atas umat Islam secara tidak langsung menggalakkan mereka bangun awal dan keluar menjadi rezeki.. 
  • Terdapat juga nasihat dalam Islam tentang hukum tidur selepas subuh seperti berikut: (aku pinjam dari sumber myibrah.com <-- sila klik untuk bacaan penuh)
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)