Kad Raya

aneka corak kad raya ^-^ semuanya cantik-cantik
Dah lepas 10 malam pertama Ramadhan, tahun ni aku tulis kad raya awal skit. Namun, sebab dah berpisah dengan semua kawan-kawan.. maka, had tahun ni ialah 10 keping kad raya sahaja yang akan ku kirimkan. (nota - kalau mintak alamat sorang-sorang memang susah mereka nak bagi dengan alasan 'tak payah susah-susah, internet je la')..
"Tentulah, golongan penerima kad raya ni bukannya sekadar kawan-kawan biasa. Istimewa sikit, in some way.." ^-^!
Fokus - di sebalik kad raya.. (nota - entri kali ni lebih kepada copy paste isi entri diari volume 11/2012) 
Memang setiap tahun aku tulis kad raya kepada kawan-kawan. Kalau boleh aku ingin bagi secara peribadi, namun banyak kali aku berakhir dengan selit-selitkan di pintu/ dalam beg dan sebagainya. Walaupun dunia terknologi serba canggih sekarang ni, orang ramai lebih sukakan media elektronik untuk menghantar e-kad raya, namun aku tetap gah dengan pendirian untuk kekal tulis secara tradisional..

Kalau diimbau kembali, aku ketika Tingkatan 1 dulu juga tidak mengambil endah tentang kad raya ni. Sehinggalah aku dapat sekeping kad raya daripada seorang kawan (masa ni aku dan dia takdenya rapat mana, sekadar rakan sekelas yang sekali-sekala aku tolong dia buat kerja rumah/ tegur sapa).. Bila baca-baca kad daripadanya, aku dapati dia tulis banyak kad dalam, tersentuh rasa hati ni..
"(Rajinnya dia tulis banyak-banyak dalam kad ni.. Mungkin ke dia ikhlas nak kawan dengan aku..)Mungkin aku patut contohi perbuatan dia ni jugak.."   
Entah, aku berpendapat tulisan sendiri kad raya lebih memberi impressi betapa kita betul-betul menghargai seseorang (melalui kita luangkan masa untuk pegang pen dan tulis malah ayat lebih bersifat eksklusif dan peribadi langsung dari dalam hati). Hal ini kalau diamati menunjukkan betapa besarnya nilai seseorang tersebut dalam diri kita..
"Cuma perkara macam ni si penerima perlukan daya peka yang tinggi sikit. Tak ramai orang ambil tahu atau cuba fikirkan tentang usaha orang lain.. ^-^! oh well, let's just use this fact to see what kind of friends i have.."

Seperkara lagi, ayah juga turut mengingatkan kami agar berutus kad raya kepada saudara-mara..
"Tulislah kad raya skit kepada saudara-mara kamu kat kampung sana tu. Bagi ucapan selamat ke apa ke...? Nampak skit kita ikhlas nak menghubungkan silaturrahim"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)