Kerja + Puasa

Ok, hari (tarikh) ni baru betul berpuasa sambil bekerja di hospital. Bagiku yang kali pertama ni dalam situasi sedemikian, memang satu cabaran hebat untuk kekal produktif dan proaktif dalam kerjaya. Selain shift posting ni selama 12 jam berterusan, kerja doktor ni bukannya jenis duduk di meja dalam aircond sambil menaip di komputer, tapi bahkan lebih banyak berulang-alik lagi pula naik-turun tangga serta berinteraksi dengan banyak pihak (pesakit dan keluarga, boss, pihak lain, kawan sekerja dll)..
"This kind of work surely drains my energy really quick. Baru half day dah lemah longlai dah.. macam mana (nak *hebat dan produktif) ni? "
v_v *aku teringat akan sirah Rasulullah s.a.w yang mana peristiwa perang Badar berlaku pada bulan Ramadhan. Umat Islam memang sedang berpuasa pada masa itu dan berjumlah 313 orang pejuang sementara pihak musuh musyrikin tidak berpuasa bahkan sejumlah 1000 orang ramainya.. Kalau ikut logik akal dan rasional, semestinya keadaan tidak memihak kepada umat Islam.. Namun, akhirnya perang tersebut dimenangi oleh orang Islam pada akhirnya..
"Tentulah, Allah telah menghantar tentera malaikat untuk membantu umat Islam ketika itu (ada FirmanNya dalam Al-Quran tapi aku tak ingat surah dan ayat mana, insya-allah nanti akan kemaskini..) tapi persoalan yang timbul (sempena tema puasa ni) ialah bagaimanakah umat Islam begitu hebat walaupun sedang berpuasa?"
Setakat ni, aku tak pasti jawapan yang tepat, namun terlintas arus fikiran tentang kemungkinannya berdasarkan video seminit yang dikongsikan. Jom tengok jap;



Spoiler Alert! - klip video ni memaparkan seorang muslim kekal produktif sepanjang hari kerjanya hasil dari solat. Jadi mesej yang ingin disampaikan ialah melalui solat kita dapat recharge tenaga semula..

Fokus - melalui Solat dapat recharge energy..
Benarkah demikian? Wallahu a'alam. Serta merta aku teringat akan satu penjelasan saintifik tentang hikmah solat berjemaah. (Ni hanyalah copy paste semata-mata dari sumber di internet --> mukjizatdoa.blogspot)

----------------------------------------------<kongsi artikel>----------------------------------------------

Tubuh manusia terdiri dari cas +ve dan -ve. Seharian manusia bergerak di atas muka bumi ini (bertani, berjalan mencari rezeki di hutan/laut/darat, bertemu sua, hubungan sosial, perubahan emosi dll.) mengakibatkan cas-cas dalam tubuh kita ini menjadi tidak seimbang disebabkan pergerakan electron-electron (cas-cas) keluar masuk dalam tubuh manusia.

Ketidakseimbangan cas-cas ini menyebabkan keseimbangan tubuh badan dari segi fizikal, mental, emosi juga akan terganggu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan bagi mengembalikan kesegaran/ kecergasan/ keseimbangan fizikal, mental, emosi manusia.

Kajian tersebut juga menunjukkan dengan bilangan rakaat dalam solat fardu lima waktu secara berjemaah dapat menyelesaikan masalah ini. ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat)

Semasa kita melakukan solat berjemaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jemaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Pada ketika ini proses untuk menyeimbangkan kembali cas-cas dalam tubuh manusia berlaku.

solat Subuh hanya 2 rakaat kerana... 
Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berehat (tidur) selama beberapa jam. Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjemaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

solat Zohor difardhukan 4 empat pula sebab...
Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjemaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.
Oleh sebab itu solat Zohor (berjemaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi. Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjemaah) sebanyak empat rakaat.

Solat Asar juga 4 rakaat sebab..
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. 

Dan solat Marghrib difardhukan pula 3 rakaat sahaja..
Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjemaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

'Misteri'nya solat Isya' pula disyariatkan 4 rakaat, kenapa?
Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya’ mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.

---------------------------------------<perkongsian artikel tamat>-----------------------------------------

Artikel tersebut menekankah kepentingan solat berjemaah, sementara video klip tersebut lebih kepada solat bersendirian..
"Tapi tentulah penjelasan saintifik yang dikemukakan itu macam logik. Namun aku percaya ada lagi rahsia lain di sebalik solat ni. Misalnya pengaliran cas berlaku ketika membuat pergerakan dalam solat (eg. masa sujud dll) Wallahu a'lam.." 
Allahu akbar! Betapa besarnya kuasa Allah serta kebijaksanaanNya dalam menetapkan satu suruhan.

Renungan - bukan kita sahaja yang menghadapi cabaran ni. Tapi siapa-siapa pun tetap 'penat' juga dalam mengharungi ramadhan.. Tetapi itulah yang dinamakan dugaan, semoga Allah memberkati amalan kita dalam bulan puasa ni ^-^


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)