Tak cukup masa?!

time is running out
Esok aku ada assessment! Posting surgery ni aku tak tau nak studi apa untuk assessment tersebut. Silabus lebih meluas kalau nak dibandingkan dengan posting pertamaku O&G dulu. Dan masa semakin suntuk >_<!
"Kalaulah aku ada diberi masa studi lebih lagi..." - ayat tipikal yang pastinya menjadi sebutan menjelang exam tapi masih belum bersedia..
STOP! Jangan disebut ayat tersebut, Syed! Fokus kali ni adalah berdasarkan 2 isi berikut:
  • Semua yang telah berlaku adalah takdir Allah s.w.t, jadi tak perlulah nak mengeluh atau komplen seperti mana hadith berikut: (kupasan semula entri kalaulah)
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding orang mukmin yang lemah. Dalam setiap perkara ada kebaikan. Perhatikan apa yang memberi kebaikan kepada kamu. Mohonlah pertolongan daripada Allah dan janganlah berasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu (masalah) janganlah kamu berkata, “Kalau aku melakukan ini dan ini (nescaya tidak berlaku masalah ini). Tetapi katakanlah, “Allah telah menetapkan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya ungkapan ‘kalau’ membuka ruang kepada Syaitan (untuk menyesatkan). - Riwayat Ibnu Majah
Lagi pula, seingat aku (CAUTION! - sila betulkan aku andai aku dah salah faham) Nabi Zakaria a.s hampir-hampir dikurniakan pangkat Rasul Ulul 'Azmi namun pada saat akhir wafat beliau; ketika dikejar oleh orang kafir untuk dibunuh, beliau bersembunyi dalam sebatang pohon namun pakaian beliau tersepit ketika pohon itu tutup semula --> maka orang kafir dapat tahu beliau berada di dalam pokok lalu menebang pokok tersebut dan wafatnya Nabi Zakaria a.s. Pada masa itu, beliau telah mengeluh akan takdirnya lalu ditegur Allah s.w.t
  • Teringat aku akan surah Al-Munafiqun dari AlQuran ayatnya seperti berikut, jom semak sama-sama;
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata, "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.. (Surah Al-Munafiqun 63: 10-11)
Baik, ayat tersebut jelas nyata maksudnya berkaitan dengan ajal / kematian. Namun, pada suatu cara aku mendapat mesej / nasihat tambahan dari ayat yang sama berkenaan masa, iaitu apabila sudah sampai masa (time's up) sebelum sesuatu peristiwa genting (eg. exam dll), kebanyakan manusia pasti akan komplen tak bersedia dan berharap agar dapat diberi masa lagi untuk persiapan. Dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya --> Allah dah tahu awal-awal lagi sekiranya manusia diberi masa tambahan sememangnya manusia kembali alpa, seolah-olah tak pernah meminta apa-apa kepada Tuhan, malah mengkufuri Tuhan (na'uzbillah min dzalik). Hakikat tersebut adalah berdasarkan Firman Allah dalam Kitabnya (surah lain).
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. Kemudia, apabila Dia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mepersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka" (Surah An-Nahl 16:53-54)
Jadi kalau kuatnya iman, maka tak perlu la nak mengeluh akan takdir yang berlaku. Sebaiknya menggunakan baki masa yang ada untuk berusaha dan bertawakal kepada Allah untuk keputusanNya ^-^


Some other stream of thought
Benarlah Firman Allah dalam surah Al-Asr
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)