muhasabah

Balik lambat hari ni >_<! jaga kubikal akut memang penat sikit: melayan kerenah pesakit, menjalankan arahan complicated oleh boss dan macam-macam kerja lagi.. Sudahnya aku tergesa-gesa pulang ke rumah ketika azan Isyak berkumandang. Hendaknya sempat la nanti untuk turut serta tarawikh kat surau belakang.. Kalau dari entri tarawikh tahun ini yang lalu, berikut adalah flow program di surau belakang:
  • Solat Isyak berjemaah
  • 905mlm - Bacaan tahlil ringkas untuk ahli Qaryah
  • 925mlm - Solat tarawikh 4 rakaat
  • 945mlm - Tazkirah 10-15 minit
  • 1005mlm - Solat tarawikh 4 rakaat lagi
  • 1020mlm - Solat witir 3 rakaat 2 salam
Sejak awal Ramadhan tahun ni, aku sangat berminat untuk terus mengikuti slot tazkirah yang disampaikan sebagai selingan tarawikh di surau ni. Sebabnya tazkirah ni berkisar tentang perkara akhirat, iaitu gambaran syurga & neraka serta perkara-perkara yang berlaku di akhirat..
"Aku percaya mesti ramai pernah mengalami situasi taklimat sebelum menyertai lawatan ke tempat-tempat menarik. Misalnya sebelum lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, guru pengiring akan menjelaskan aktiviti yang akan dilakukan.. (eg. Melawat UnderwaterWorld yang penuh dengan pelbagai jenis hidupan air, melawat makam Mahsuri dengan lagenda tersendiri dan macam-macam lagi..) pastinya membuat setiap diri murid berasa excited dan tak sabar nak pergi kan?"
Demikianlah halnya keadaan aku apabila mendengar tazkirah berkenaan hal akhirat. Ketika diberi gambaran syurga dengan mengalir di bawahnya 4 jenis sungai, aku dah cuba membayangkan keadaannya (tapi tentulah aku sedar, gambaran tentang perkara ghaib seperti hal akhirat adalah di luar kemampuan manusia, kita hanya dapat bayangkan mengikuti imaginasi sendiri walhal hal sebenarnya Allah lebih tahu..). Rasa tak sabar pula nak pergi syurga nanti ^-^

Baik, seronok memang seronok kalau fikirkan suasana gembira tersebut. Namun, jom kita muhasabah diri dulu.. Layak ke aku masuk Syurga Allah (berdasarkan amalan-amalanku yang sikit ni serta dosa-dosa aku yang banyak ni)? Apakah ibadahku selama ini diterima Allah? Adakah aku sudah cukup ikhlas dalam amalanku..?

Alhamdulillah, sebab topik tazkirah ni kena terkesan dalam diri maka acap kali lepas dengar ni aku jadi bersemangat dan sungguh-sungguh skit ^-^

Alang-alang ni, aku nak berkongsi satu lagu nasyid. Nasyid ni bertemakan doa taubat kepada Allah akan segala dosa yang pernah kita lakukan. Diharap dapat dengar dan hayati mesej yang cuba disampaikan oleh lagu berikut. Semoga diri akan terus perbaik amalan dari semasa ke semasa. Mempersembahkan lagu dari kumpulan Raihan dengan tajuk lagu I'tiraf. Jom..


Some other stream of thought

Hidup ini hanyalah sebagai satu persinggahan sebelum menuju akhirat yang kekal abadi. Namun, banyak kali aku terpedaya dengan nikmat dunia sehingga alpa dari persiapan dan bekalan hari akhirat. Astagfirullah~

"Apakah aku sudah cukup bersedia menghadapi hari akhirat nanti" - entri hidup hanya sementara

"Macam manalah keadaan hari akhirat nanti ye?" - entri gambaran hari akhirat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)