Dari kisah Nabi Musa..

(Nota - oh ya, perkongsian ni adalah sebagai maklum balas dari entri kalaulah..)  ^-^!

Kebetulan aku baca-baca Kalam-Allah maka aku berjumpa dengan satu kisah menarik dari surah Al-Kahfi 18:60-82. Jadi aku kongsikan semula dalam blog ni agar sama-sama dapat muhasabah dan ambil pengajaran dari kisah ni.. (nota - pewarnaan perkataan dalam terjemahan yang ditaip ni hanyalah bertujuan untuk membezakan antara watak-watak cerita semata-mata, tiada maksud lain)

--------<terjemahan surah Al-kahfi 18->------------

60: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya, "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun"

61: Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelungsur menempuh jalannya di laut yang merupakan lorong di bawah tanah

62: Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya, "Bawalah makan tengah hari kita, sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini."

63: Temannya berkata, "Tahukah apa yang terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu, dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan syaitan, dan ikan itu telah menggelungsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan"

64: Nabi Musa berkata, "Itulah yang kita kehendaki". mereka pun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

65: Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu, dari sisi Kami.

66: Nabi Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku mengikutimu, dengan syarat engkau mengajarkanku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagimu?"

67: Ia menjawab, "Sesungguhnya engkau (wahai Musa) tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.."

68: "Dan bagaimanakah engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?"

69: Nabi Musa berkata, "Engkau akan dapati aku, Insya-Allah orang yang sabar, dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu."

70: Ia menjawab, "Sekiranya engkau mengikutku, makan janganlah engau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakannya halnya kepadamu"

71: Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata, "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar?"

72: Ia menjawab, "Bukankah aku telah katakan, bahawa 'engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku'..?"

73: Nabi Musa berkata, "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu), dan janganlah engkau memberati daku dengan searang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)

74: Kemudiannya keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata, "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang?" Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar."

75: Ia menjawab, "Bukankah aku telah katakan kepadamu, bahawa 'engau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku'?"

76: Nabi Musa berkata, "Jika aku bertanya lagi kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, makan janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi. Sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan dan bantahanku"

77: Kemudia keduanya berjalan lagi, sehingga mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata, "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya"

78: Ia menjawab, "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya."

79: Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut, oleh itu aku bocorkandengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap perahu yang tidak cacat

80: Adapun pemua itu, kedua ibu bapanya adalah orang yang beriman, maka kami bimbangkan bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan zalim dan kufur.

81: Oleh itu, kami ingin dan berharap supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiawa dan lebih mesra kasih sayangnya.

82: Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu, dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka, dan bapa mereka adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu mengkehendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya."

-------<tamat terjemahan>--------


Jadi demikianlah halnya. Terdapat juga hadith tentang kisah yang sama;
Nabi Musa telah bangun berucap kepada Bani Israil lalu beliau ditanya, "Siapakah manusia paling berilmu?" Nabi Musa menjawab, "Aku". Lalu Allah menegurnya kerana tidak memperkatakan 'Allah lebih mengetahui tentangnya' serta berfirman, "Bahkan Aku ada seorang hamba di tempat pertemuan dua laut yang lebih berilmu daripadamu.. (kisah disambung seperti mana yang diperihalkan dalam AlQuran)"
(bacaan penuh aku ambil dari sumber ni --> cikguilhamikhlas.blogspot/kisahnabimusadannabikhidir)

Fokus A - rendah diri (siri 3)
Pengajaran utama yang aku belajar dari kisah ni ialah hendaklah kita sentiasa merendah diri dengan kemampuan diri. Sebab pastinya ada seseorang yang Allah jadikan lebih hebat dari kita bila-bila dan mana-mana.

Jangan sesekali kita berasa terlalu yakin dengan kelebihan yang diberikan kepada kita. Sedangkan Allah Maha Kuasa, malah bila-bila masa je boleh tegur 'keyakinan' kita melalui caraNya yang berhikmah. Misalnya Nabi Musa, Allah menegurnya melalui pertemuan dengan salah seorang hambaNya yang soleh (ada sumber menyebutkan nama Nabi Khidir a.s, tapi Allah Maha Mengetahui).. Kalau kita sebagai hamba biasa mungkin Allah tegur melalui cara lain  (idea itu juga dipersoalkan dalam entri rendah diri (siri 2))

داري ڤريستيوا تڠݢلمڽ کاڤل تيتانيک عقبة ڤرلڠݢرن ايس-برݢ يڠ بسر، جوݢ ممڤوڽاءي قيصه اول يڠ مان سي ڤريک کاڤل بݢيتو بربڠݢا دڠن حاصيل کرجا دان برکياقينن بهاوا تياد اڤ يڠ ممڤو منڠݢلمکن کاڤل ترسبوت. ماک الله تونجوقکن ککواساءنڽ اونتوق بري کسدرن لڠسوڠ 
Fokus B - 3 kali peluang..
Kalau dilihat kisah tersebut, diperihalkan Nabi Musa tidak dapat bersabar tentang perbuatan Nabi Khidir sebanyak 3 kali. Pada kali pertama dan keduanya, Nabi Musa memohon maaf atas ketidak sabaran beliau melihat tindakan Nabi Khidir, namun untuk kali ketiga, beliau memohon agar diberikan balasan (iaitu berbentuk perpisahan) atas sikapnya yang tidak dapat bersabar (dah 3 kali pun masih tak berubah, walaupun tak sengaja).

Dari kisah ini, aku cuba mencedok idea, bahawa sebaiknya kita memaafkan kesalahan seseorang terhadap kita malah cuba memberi peluang kedua dan ketiga sebelum memberi respon / membuat kesimpulan. Sama juga dalam realiti kita, misalnya servis di restoran lambat maka cepatnya kita dah 'blacklist' restoran tersebut (tak beri peluang langsung). Manalah tahu kebetulan ada perkara yang tak dapat dielakkan telah berlaku, jadi sudi-sudilah memaafkan mereka ye..
تياد اورڠ يڠ سمڤورنا دالم دنيا اين. ستياڤ اورڠ تيدق ترلڤس درڤد ملاکوکن کسالهن. مک هندقله کيت برصبر دان مماعفکن کسالهن مريک. دان بري ڤلواڠ اونتوق ممڤرباءيقي ديري. سموݢ صفة ڤماعف بهکن منجادي ڤڽبب الله بري کأمڤونن کڤد کيت اتس دوسا٢ کيت يڠ لالو



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)