ulang tahun XperiaRay

(Nota - entri ni pun bercirikan sama macam entri dulu ulang tahun x2)
Situation! Sejak hilang handphone musibah 28.4.2012, aku menggunakan nombor sementara 019 di handphone Nokia X2. Kemudiannya bila dah dapat semula simcard 012 maka timbul persoalan;
"Selepas ni bagaimana pula? adakah nak abaikan nombor 019 dan kembali kepada 012.. Jadi kebetulan X2 mempunyai fungsi dual sim, maka aku tiada masalah untuk gunakan dua-dua 019 dan 012.. Sampailah ke satu masa aku sedar bahawa telefon pintar menjadi keperluan harian lantaran banyak kemudahannya..
model pilihan aku
Jadi, tanggal 7 Julai adalah ulang tahun pertama pemilikan telefon pintar aku. Setelah berfikir panjang, akhirnya aku membuat keputusan untuk gunakan nombor 012 sebagai operator pilihan telefon ini. Dan Alhamdulillah, telefon ni sangat berbakti kepada aku sepanjang setahun penggunaan ^-^ antaranya (jom tengok fokus)..

Fokus A - talian komunikasi pasif
Walaupun nombor 012 adalah postpaid malah nombor asal aku tapi kini aku lebih menjadikannya sebagai talian komunikasi pasif. Ini bermaksud setiap aktiviti telefon-menelefon orang lain aku akan lebih menggunakan handphone X2. Sedangkan telefon ni lebih kepada tujuan backup call (sekiranya X2 bermasalah eg. habis bateri / kredit dll). Antara faktor lain menyebabkan pengkhususan sedemikian ialah;
  • Hayat bateri yang terhad. Antara 'harga' yang perlu dibayar terhadap kepelbagaian aplikasi berfaedah. Paling lama pun dia boleh bertahan sehari (dengan anggapan penggunaan berkadar biasa), sedangkan handphone X2 lebih bertahan sehingga 3-4 hari lamanya walaupun aktif digunakan..
  • Kepelbagaian aplikasi membuatkan telefon ni pasti sibuk untuk digunakan dengan pelbagai tujuan (eg. kamus, GPS, video, internet etc). Jadi susah pula, tengah-tengah merujuk GPS/map tiba-tiba perlu membuat/ menjawab panggilan pula..
Jadi atas sebab yang tersebut, jarang sekali aku ingin memberitahu nombor 012 aku ni untuk tujuan interaksi. 

Fokus B - ganti Kamera 
Ni aku nak kaitkan dengan suatu kisah silamku..
-------------------------------------------<story starts!>--------------------------------------------------
gambar hiasan
"Wan, birthday ran nanti nak kamera. Boleh ambil gambar banyak-banyak" - pintaku ketika menjelang hari lahirku yang ke-13 ^-^!
Namun memandangkan aku masih muda dan bersekolah. (arwah) mak tidak serius mendengar dengan permintaanku. Malah, pada hari lahir tersebut aku diberi kamera mainan pula..

Apabila meningkat remaja, aku mula faham tentang sikap terburu-buru aku untuk memiliki kamera. Pada masa lalu, kamera filem memang sering digunakan namun dewasa ni kamera digital lebih mendapat perhatian ramai maka pihak pengeluar lebih menekankan pengeluaran kamera digital..
"Kalau masa tu, Wan beli kamera semestinya kamera itu tak dapat lagi digunakan pada masa sekarang.. Sama ada rosak/hilang akibat usia mudaku yang belum pandai menjaga barangan atau peralatan (filem dan lain-lain) semakin sukar didapati masa kini.." >_<!
-----------------------------------------------<story end>-------------------------------------------------

5,6,7 tahun dah berlalu.. Aku masih juga belum beli kamera walaupun niat di hati tetap ingin bergambar. Banyak kalinya niat bergambar itu datang secara spontan dan banyak kali juga aku terlupa untuk membawa kamera pun.. Jadi, teknologi handphone berkamera ternyata menarik perhatian aku..
"Kalau susah sangat nak kena beli (atau bawa bila dah ada) kamera dan handphone berasingan, maka ada baiknya beli 2-in-1 terus" - salah satu contoh baru untuk entri hybrid
Jadi berdasarkan fokus B ni, antara kriteria pemilihan telefon pintar, aku menekankan fungsi kamera yang lebih canggih skit ^-^!

Fokus C - mobile network
Kebetulan simcard 012 ni ada pelan internet mobile sekali, maka memang padanlah dengan ciri telefon pintar yang selalu melibatkan penggunaan internet (eg. Facebook, Google+, PlayStore, Whatsapp dll). Hubungan sosial seolah-olah semakin meluas dengan kemudahan teknologi ni..

namun, interaksi secara langsung itu lebih perlu dan terbaik
Fokus D - pelbagai fungsi lain
  • Al-Quran (dan terjemahan) versi portable ^-^ boleh dibaca di mana-mana dan bila-bila
  • Quick game untuk isi masa
  • GPS / navigator untuk ke pelbagai tempat
  • Rujukan (dictionary / medical)
  • Torchlight, pedometer, Calculator, Calendar, Note reminder, Alarm clock...
Trivial matter - analisa teori perbelanjaan berbaloi (rujuk entri belanja sakan?!)
365 (hari) x 13 (fungsi) x 2 (anggap kekerapan siang dan malam) > (harga, RM) 800
Kesimpulannya pembelian itu adalah super berbaloi! (hasil kira menunjukkan nilai penggunaan adalah 9490 iaitu jauh lebih besar dari nilai harga belian 800) ^-^ alhamdulillah sangat-sangat. Teringat aku akan satu dari hikam arab yang (juga) dipelajari ketika di bangku SPM dulu..
عبقرية الكومببوتر مرحونة بصاحبه " (translate & context adapt --> kehebatan Komputer itu terletak pada penggunanya )"
Hikmah tersebut menjelaskan bahawa sesuatu barangan (hikmah tersebut memberi contoh 'komputer', boleh juga kalau nak guna barangan lain) itu tak kira betapa mahal (canggih) sekali pun, kehebatan penggunaan itu terletak pada pengguna itu sendiri. Jadi kalau ikut contoh diberi, walaupun kita membeli komputer dengan sistem serba canggih lagi hebat namun kita tak pandai menggunakannya maka kehebatan komputer tersebut telah terhad dengan keupayaan kita. Sebaliknya sekitanya kita membeli barangan yang biasa lagi murah, namun mempelbagaikan penggunaannya --> seolah-olah barangan tersebut lebih mahal nilainya dari harga yang diberi. Maka itulah yang terbaik ^-^ (haha, asal usul tentang teori rekaan aku)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last untuk entri kali ni, cuba teka; Fungsi (handphone) apakah yang menjadi titik tolak aku membeli telefon pintar ni? (walhal aku telah bertahan lamanya lebih kurang 2 bulan dengan penggunaan X2 mode dual-sim sahaja tanpa masalah. Jadi tentunya ada triggering factor yang membawa kepada pembelian tersebut). kalau nak cuba jawab, sila tinggalkan komen untuk entri ni..
  1. Media sosial (eg. facebook)
  2. Rujukan (eg. dictionary / medical book)
  3. Agama (eg. AlQuran)
  4. Game (eg. Angrybird)
  5. Kamera 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)