ulang tahun X2

happy 1st anniversary ^-^ thanks for your support within this one year.. i'm looking forward for more after this.. alhamdulillah" - status facebook bertarikh 8.5.2013
Nokia X-2
Dari komen yang aku terima berdasarkan status tersebut, aku percaya mereka faham bahawa aku mempunyai seseorang yang istimewa.. Tapi, hal sebenarnya aku merujuk kepada handphone seperti rajah yang diberi..
"Sejak musibah 28.4.2012, aku lost contact melalui nombor 012 (oleh sebab simcard didaftarkan bawah nama abang aku jadi hanya dia je yang dapat claim semula untuk pass kat aku). Jadi sementara itu, aku mula menggunakan nombor 019 (dari tarikh 28.4 - 7.5 aku menggunakan handphone pinjaman seorang kawan) Sehinggalah sumber kewangan aku dah stabil skit dan akhirnya aku beli handphone ini.."
Asalnya aku beli untuk tujuan sementara je, lantaran sebelum ini aku menggunakan smartphone. Tapi dalam setahun ni, aku mendapati handphone ni memang nyata berguna sebab bateri lebih tahan lama (boleh sampai 4 hari lamanya tanpa recharge) ^-^ alhamdulillah, aku bersyukur dan insya-allah aku akan terus menggunakannya.. Selaras dengan pendirian multi-objective aku, aku anggap handphone ni sebagai:
  • medium komunikasi aktif (terutamanya dalam suasana 'outing' atau bekerja)
  • mp3 player
  • handphone ni dualsim --> perumah 'sementara' nombor 012 (sementara nak cari smartphone lain)
Jadi kalau ingin berhubung dengan aku pada kadar segera, mohon agar menghubungi aku di nombor 01948xxxxx. Hal ini kerana aku lebih peka pada handphone ni, contohnya kalau tengah-tengah dengar lagu ketika outing, lagu akan tiba-tiba stop untuk beri ruang pada ringtone jadi aku pastinya perasan ada panggilan..

Trivial matter
Kalau dianalisa tentang teori perbelanjaan berbaloi (rujuk entri belanja sakan?!).
365 (hari) X 3 (fungsi) X 2 (anggap kekerapan siang & malam) > (harga, RM) 240
Kesimpulannya memang berbaloi (kalau nak kira secara skema gak, nilai penggunaannya adalah 2190 iaitu lebih besar dari harga belian 240) ^-^ alhamdulillah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)