Teguran.. dari game?! ^-^!

Stressnya bekerja >_<! terutamanya ketika posting di bahagian pembedahan (surgery) ni.
  • Semua perkara perlu aku tanya terlebih dahulu untuk kepastian (eg. ambil darah, set branula, indent ubat, Catheter..) 
  • Perlunya mengetahui segala-gala tentang pesakit meliputi sebab musabab kenapa adanya antibiotic sedemikian, I/O, IV drip dan segalanya. dan sampai sekarang, aku selalu tak dapat tangkap pattern pertanyaan yang diinginkan oleh specialist (surgeon) aku.. 
  • Dan lebih memberi tekanan apabila adanya ugutan untuk extend housemanship dalam posting ni, walaupun pada kesilapan kecil 
Kalau tak berhati-hati dalam mengorak langkah, maka bersiap sedialah menerima akibatnya.. Aku faham sangat akan rasional asalnya dan bukanlah aku ingin berlagak pandai, cuma kesan dari hal sebegini aku berasa tersekat dan kurang proaktif dalam kerjayaku..
"Hari-hari kena teruk dengan boss (v_v down~) Macam mana aku nak bertahan menghadapi stres sebegini selama 4 bulan ni..?"
Jadi balik-balik rumah, aku melepaskan tekanan dengan bermain game. Walaupun selalunya aku main game PSP favourite aku, tapi terbaru ni aku mencuba game lain (baru beli, tapi game terbitan lama ^-^!) The Sims 3 di konsol 3DS..
"siri game The Sims secara umumnya bercirikan pengurusan kehidupan watak virtual yang dicipta sendiri, iaitu kita menetapkan aktiviti harian, kerjaya dan pasangan hidup watak tersebut mengikut citarasa sendiri.." 
Tengah-tengah main aku sampai ke menu berikut:

Menu ni adalah berkenaan job, iaitu pekerjaan watak Sim dalam game tersebut. Dinyatakan tentang masa bekerja dan hari, prestasi serta kriteria untuk cemerlang (aspek kerjaya) dalam game tersebut. Kalau diteliti contoh dalam game ini, aku perlu mempersiapkan watak dengan mood yang baik, skil yang kompeten dan bilangan kawan mencukupi sebagai syarat untuk maju ke pangkat yang lebih tinggi..

Maka seraya aku terlintas juga;
"Mungkin realiti hidup aku pun begitu juga; bagi mencapai prestasi terbaik aku perlu mempersiapkan diri juga.. Misalnya perlu studi berkenaan surgery sehingga bertahap kompeten, mempunyai mood yang ceria ketika bertugas serta mempunyai rakan seperjuangan yang boleh dipercayai.."
^-^ menariknya kebetulan sebegini. Bezanya dalam dunia maya telah tertulis kriteria tersebut, sementara dalam dunia nyata perlu difikirkan sendiri. Ok, let's stop complaining and move forward..
"semoga hari esok lebih cerah dan ceria" <--- pemikiran optimistik lagi naif ^-^ "dan bila difikirkan (tentang baru-baru ni) walaupun kena marah teruk, tapi pada akhir sesi aku merasakan boss memberi tunjuk ajar secara baik (seolah-olah cuba memberi sokongan agar aku lebih gigih berusaha). Yosh~." 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)