Pasif-Assertif-Aggresif

Trigger untuk entri kali adalah hasil kumpulan beberapa babak yang pernah berlaku sekian lamanya.. (penat aku kumpul) ^-^!
"Syed, boleh tolong cover kerja aku tak? Aku ada kerja yang penting sekarang ni.." 
"Ya" (kerja aku sendiri pun struggle juga tapi..)
Syed! aku nak tumpang kau pergi kelas hari ni boleh?" 
 "Ya.." (adoh, baru ingat nak naik motor sorang-sorang)
"Syed, jom pergi makan di kedai X" 
"Ya" (alamak, kedai tu mahal la, lagi pun aku takde menu favourite kat situ)
"Encik, tawaran yang kami beri ni memang special untuk encik.. Orang lain kami tak bagi, jadi boleh la encik terima tawaran kami ni ye.." 
"Ya" (...)
Fokus - assertiveness
Berdasarkan contoh babak-babak yang berlaku, aku pasti pembaca sekalian dapat menilai bahawa aku ni lebih kepada sifat passiveness (tengok rajah untuk penjelasan). Tak bagus sebab kurang sifat assertif dalam diri aku..

Jadi apa dia assertive ni? kalau ikut definisi dari Dorland's Medical Dictionary, katanya;
"assertive is a form of behavior characterized by a confident declaration or affirmation of a statement without need of proof; this affirms the person's rights or point of view without either aggressively threatening the rights of another (assuming a position of dominance) or submissively permitting another to ignore or deny one's rights or point of view"
maksudnya kalau kita bersifat assertif kita akan lebih kukuh dalam menyatakan pendirian/pendapat kita tentang sesuatu perkara tanpa mengancam hak pihak lain (dan pendapat mereka) atau mereka menafikan (atau mengabaikan) hak kita memberi pendapat.. dalam bahasa yang aku lebih mudah faham, ini bererti aku gah menyatakan pendapat aku (walaupun aku tahu mungkin ia berbeza) tapi tidaklah menimbulkan konflik atau pendengar tak pula membidas hak tersebut..

Jadi demikianlah kelemahan aku >_<! aku begitu memikirkan respon orang lain.. banyak kali aku tak sampai hati untuk menghampakan mereka.. Aku tahu, betapa mereka lebih hormat jika aku tetap pendirian sendiri (walaupun ada masanya berbeza lagi boleh jadi berkonflik), namun tak tahu kenapa secara separuh sedar aku masih tak dapat berubah dari sifat pasif ni..
"Ya Allah, aku ingin berubah.." 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)