2 dari 3

Huh, dunia kerjaya ni adakalanya terasa begitu penat dan merunsingkan.. ^-^!
"Bagusnya kalau tak perlu kerja..", bisik kecil hatiku
Apatah lagi apabila melihat kehidupan ayahku yang telah pencen sudah 3 tahun (dari tahun entri ni). Kini beliau menjalani kehidupan yang sungguh bersahaja selagi dapat. Ada masanya jogging di taman, melawat sahabat-sahabat lama, menziarah (melancong) ke pelbagai tempat, pulang ke kampung dan macam-macam lagi aktiviti lapang yang dilakukannya. Jeles pulak aku tengok~ ^-^! Namun, teringat akan satu gambaran tentang 3 unsur nikmat. Jom tengok ni..


Jika diamati rajah diberi, ada tiga unsur nikmat iaitu masa, wang (kekayaan) dan tenaga. Namun pada satu-satu masa dalam dunia ini kita hanya terhad pada 2 dari 3 sahaja. Misalnya;

  • Pada masa muda, kita mempunyai masa dan tenaga yang kuat, namun sayangnya kita kekurangan wang (sebab wang belanja asalnya dibekalkan oleh ibu bapa lantaran kita belum bekerja lagi)
  • Meningkat dewasa, kita mula berkerjaya dan komited untuk mengukuhkan kehidupan (melalui wang hasil pendapatan). Jadi walaupun masih bertenaga, namun masa lapang kita sangat terhad untuk aktiviti masa lapang
  • Apabila usia semakin lanjut, kita telah pun berhenti berkhidmat dan mempunyai banyak masa namun faktor usia telah mengehadkan kemampuan kita.
"Kenapa ni mesti macam ni?? Tak boleh ke dapat ketiga-tiga elemen sekali gus?" - aku pasti demikian antara rintihan yang pernah terlintas dalam setiap diri 
Namun bagi aku itulah situasi yang berhikmah. Pertamanya, hidup ni hanya sementara, jadi logiknya tak perlulah mengharapkan kesempurnaan nikmat. Sebaiknya kita mengharapkan nikmat di akhirat yang kekal abadi ^-^ 
"Di sana (akhirat) nanti baru la enjoy habis-habisan. Setakat di dunia ni bersyukur je la dengan apa yang ada.." 
Keduanya, faktor kekurangan sesuatu unsur tersebut bahkan lebih membuatkan kita lebih menghargainya. Jom kita cuba bayangkan dua contoh berikut;

---------Contoh 1--------
Ada dua orang anak muda, si A dan si B. si A adalah anak muda yang biasa-biasa saja, hidup secara biasa dan tinggal di rumah yang sederhana. Manakala si B pula berasal dari keluarga yang kaya-raya serba cukup dan mewah. si B ni hari-hari mendapat wang belanja yang berlebihan........
"Persoalan! antara watak si A dan si B, manakah yang lebih memaparkan nilai murni (yang melibatkan nikmat harta /wang)?"  
Mungkin ramai yang mempunyai pendapat masing-masing, terpulang kepada jalan cerita dan latar belakang masing-masing. Namun, idealnya bagi mereka yang tak pernah merasai nikmat kekayaan, pastinya lebih menghargai 'harta' malah pada satu tahap mereka akan berkongsi dengan orang lain..

---------Contoh 2----------
ada benarnya hadith ni v_v
Contoh paling senang - ada dua orang muda ni, si C dan si D. Si C ni seorang yang berkerjaya stabil, tapi sibuk dengan kerjanya sehingga amat sedikit masa yang dapat diluangkan untuk diri sendiri, sementara si D pula tidak bekerja tapi mempunyai kewangan yang stabil (mungkin hasil simpanannya pada masa kecil dulu)..
"Persoalan! kalau nak dibayangkan, bagaimanakah watak C dan watak D mengagihkan masa masing-masing dalam satu minggu (tanpa mengambil kira sebarang interaksi mustahak)? siapakah agaknya lebih berjaya mengagihkan masanya dengan baik dan berkualiti?"
Sekali lagi, aku pasti ramai mempunyai pandangan tersendiri hasil latar belakang dan pendedahan masing-masing. Namun secara idealnya, mereka yang mempunyai masa yang terhad akan berusaha lebih mengagihkan masa agar digunakan secara berkualiti.. sementara mereka yang 'banyak masa' akan bertindak leka dan bersahaja dalam merancang masa.. ^-^!

--------------------------------

Jadi, jom sama-sama muhasabah diri.. insya-Allah supaya kita lebih menghargai nikmat-nikmat yang ada sebelum kehilangannya..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)