Urus rumah

Masuk hari ke-3 aku berseorangan di rumah (nota - pada masa ini, adik aku keluar outstation selama 2 bulan, sementara ibu bapa pula keluar menziarah tempat selama beberapa hari). Keluar bekerja seawal 630pagi dan pulang (tiba di) rumah pada 800malam. Memang penat bekerja seharian..
"Biasanya pulang ke rumah je makanan telah pun disediakan, bahkan pakaian pun setidaknya telahpun ditolong basuh.." (salah satu kelebihan bekerja dekat dengan rumah keluarga ^-^ alhamdulillah)
Tetapi tidak kali (sementara) ni. Pulang ke rumah meja kekal kosong (seperti pagi harinya) dan pakaian semakin bertimbun.
"Kena pandai membahagikan masa menguruskan keperluan harian seperti pakaian, makanan dan kerjaya ni.. Penat tapi kena jugalah~"
Demikianlah halnya. Maka nak tak nak, aku kena luangkan tenaga sikit untuk mengumpul pakaian dan tekan mesin basuh, kemudiannya bertindak menjemur, diakhiri dengan sesi melipat baju (apabila telah kering baik).

Fokus - jerih payah menguruskan rumah
Alhamdulillah, hasil didikan dan usaha sendiri di asrama (rujuk entri berdikari), aku tidak bermasalah dalam melakukan semua rutin harian tersebut. Cuma semakin bertambah penat jadinya..
"Jika difikirkan, aku sendiri menguruskan pakaian (malah hanya bahagian untuk diri sendiri) je dah penat, maka SILA fikir-fikirkan keadaan (arwah) Wan (masa dulu) dan juga Mak Dah (<-- mak tiri aku - masa sekarang) menguruskan pakaian anak-anak dan suami lagi, belum campur perihal makanan yang perlu disediakan.. Agaknya betapa penatnya beliau setiap hari.. v_v dan aku pula anggap suri rumah kerjaya yang senang.. Astagfirullah~
Jadi, pentingnya kita menghargai usaha dan penat lelah ibu kita yang setiap hari menguruskan pakaian dan makanan kita.. Kalau nak tau penat atau tidak, kena cuba alaminya sendiri barulah faham. Kalau dah faham, kenalah tolong ringankan beban mereka, itu baru anak yang baik ^-^ insya-Allah sejuk hati ibu ada anak sebegini

Some other stream of thought
Dari pengalaman sedemikian, maka dah diketahui akan jerih payahnya untuk menguruskan hal rumah ni. Insya-Allah apabila dah berkeluarga kelak, semoga lebih memahami penat isteri lalu membantu mereka dalam urusan rumah tangga. Seperti contoh teladan yang diperlihatkan oleh Rasulullah dalam hadith berikut (ilmu dan isi adalah copy paste dari sumber koleksi hadith nabi):
Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumah tangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” (Riwayat Bukhari)
Al-Tabari meriwayatkan dari Aisyah r.ha dan ujarnya, Baginda saw membantu kerja-kerja rumah membantu isterinya seperti memotong daging, menyapu rumah malah membantu khadamnya melakukan tugas. Dalam riwayat lain pula menyatakan, Rasulullah saw menjahit pakaiannya, menampal kasutnya dan seperti lelaki lain juga yang membantu tugas isterinya..
Rasulullah memang Legend~ Jom selawat tanda setuju --> (اللهم صلى على محمد). Semoga kita juga berusaha mengikut jejak langkah baginda.

suami yang membantu isteri dalam urusan rumah tangga kan nampak lebih manis ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)