Kucing

Sedang aku berehat seketika, aku ternampak satu bahan bacaan. Jadi sekadar untuk mengisi masa rehat, maka aku pun luangkan masa membaca sekali imbas. Pada satu muka surat ni, aku tertarik pula dengan beberapa quote berikut;
“Cats are intended to teach us that not everything in nature has a purpose.” - Garrison Keillor
“Owners of dogs will have noticed that, if you provide them with food and water and shelter and affection, they will think you are god. Whereas owners of cats are compelled to realize that, if you provide them with food and water and shelter and affection, they draw the conclusion that they are gods.” - Christopher Hitchen 
“I am fond of pigs. Dogs look up to us. Cats look down on us. Pigs treat us as equals.” - Winston Churchill
Jadi apakah arus fikiran yang terlintas kali ni? Jom kita tengok fokus..

Fokus - Kucing untuk orang islam..
Anjing dan kucing adalah 2 haiwan sering menjadi peliharaan kesayangan manusia. Tapi anjing mempunyai isu tersendiri (diperihalkan dalam entri aku apabila terserempak dengan anjing), maka umat Islam diperintahkan agar hanya memelihara kucing sahaja dalam rumah (maksudnya kalau nak bela anjing, bukanlah tujuan untuk bermain-main dalam rumah). Teringat klip video Ustaz Azhar Idrus yang aku tengok secara rawak. Maka ingin aku kongsikan salah satunya dalam entri ni;


Berdasarkan video tersebut, aku faham bahawa untuk orang Islam dijadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, sementara anjing disediakan untuk orang bukan Islam.

Jadi nak dikaitkan dengan quote yang aku baca tadi, seolah-olah aku berasa adanya pihak yang cuba memberi impresi betapa memelihara anjing adalah lebih baik berbanding dengan kucing. Malah, ada juga yang sampai memburukkan kucing.  Kononnya kita bela hanya bagi kucing makan dan tempat tinggal sedangkan kucing tu suka hati je nak buat apa-apa..
"Dari sudut pandangan aku, walaupun kebanyakan orang membela kucing sebab cantik dan comel, tapi kucing juga boleh menjaga rumah dari tikus.."
Kebetulan juga, aku perasan dalam kebanyakan filem / siri animasi, selalunya dijadikan anjing sebagai teman rapat watak utama. Sementara kucing pula dijadikan teman rapat rapat watak antagonis..
"Secara baiknya, aku nak anggap perkara tersebut adalah satu kebetulan. Takpe, aku akan terus meneliti.."
Nota - Namun, aku percaya banyak bilangannya mereka yang tetap mencintai kucing walaupun adanya kata-kata sedemikian..

Bahan bacaan yang menarik tentang kucing dalam islam, jom rujuk laman berikut islam dan kucing meliputi topik berikut:
  • sejarah penciptaan kucing
  • kisah kucing menyelamatkan syeikh sufi
  • kucing peliharaan Rasulullah
  • abu Hurairah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)