Sumpah

Menjelang musim pilihanraya ni, pelbagai cubaan dilakukan oleh parti untuk mempromosi diri serta menjatuhkan pihak lawan.. Antaranya, aku percaya termasuklah video berikut: Jom saksikan:


Entri ini bukanlah berniat untuk memperkatakan isu politik. Tapi apa yang ingin disampaikan ialah betapa aku berasa video ni 'tak real'. Malah banyak kajian yang dilakukan berkenaan video ni meragukan. Meh la aku copy paste ulasan yang diberikan..

------------------------------------<copy paste perkongsian>---------------------------------------------


BENAR atau PALSU video Saiful bersumpah laknat di Multazam?

FOTO (1): Saiful berada jauh dari Mulatazam

FOTO (2): Di dalam video saiful mengatakan beliau bersumpah di hadapan Multazam.
... Kenapa di dalam video Saiful tidak berada betul2 di MULTAZAM? Takkan dah pergi dua kali ke Kaabah TAPI TIDAK TAHU LOKASI MULTAZAM?

FOTO (3): Kenapa kedudukan MAKAM IBRAHIM di sebelah 'kiri bahu belakang' Saiful (di dalam video). Jika benar saiful bersumpah depan MULTAZAM, sepatutnya kedudukan MAKAM IBRAHIM adalah di sebelah 'kanan bahu nelakang' saiful.

FOTO (4): Kedudukan Saiful (dalam video) adalah jauh dari MULTAZAM tetapi bersumpah dlm video pula di depan MULTAZAM plak. Mana satu yang betul?

PERSOALAN LAIN:
1) Mengapa kedudukan(ketinggian) Saiful nampak lebih tinggi dr jemaah yg lain sedangkan kita tahu jemaah M'sia lebih rendah/ kecil dr jemaah lain/ bangsa arab?
2) Mengapa suara Saiful lebih jelas spt tidak berada dikawasan yg bising atau ramai org?
3) Mengapa jarak antara Saiful dan 'cameraman' atau kamera saiful sendiri(pegang) LANGSUNG TIDAK BERGOYANG atau berubah-ubah tempat? Statik sahaja. PELIKnya Saiful langsung tidak bergoyang atau berlanggar sesama jemaah wpon berada di kawasan yg berhimpit2 dgn jemaah lain.
4) Mengapa 'background' berpusing begitu ketara sedangkan 'gap antara Saiful dgn kamera langsung tak berubah?
5) Mengapa baru sekarang (pilihanraya) nak dikecohkan? Adakah ini strategi Saiful bersama UMNO-BN? Wallahualam...

------------------------------------------<copy paste tamat>----------------------------------------------

Fokus - dakwaan dan sumpah
Pertamanya, jom kita ulangkaji satu hadith dari 40 hadith kumpulan imam Nawawi berkenaan asas keadilan dalam islam (ni hadith ke33), maksudnya:
Diriwayatakan daripada Ibnu Abbas r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, "sekiranya setiap aduan manusia diterima, nescaya setiap orang akan mengadukan harta suatu kaum dan darah mereka, kerana itu (agar tidak terjadi hal tersebut) maka bagi pendakwa agar mendatangkan bukti dan sumpah bagi yang mengingkarinya" (Hadith hasan riwayat Baihaqi)
Dari hadith tersebut, aku faham bahawa dalam tuduhan kes maka perlunya pendakwa agar mendatangkan bukti yang mengukuhkan dakwaannya sementara bagi yang terdakwa adalah perlu mendatangkan bukti 'tidak bersalah', atau bersumpah. seperti mana hadith berikut:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, "Dan sumpah diwajibkan bagi orang yang mengingkari (terdakwa)" (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Misalnya bagi kes zina, perlu mendatangkan bukti sahih atau 4 orang saksi seperti mana diperihalkan dalam AlQuran melalui surah An-Nur (24) berkenaan hal zina ni. Jom semak ayat 4 hingga 9 dari surah tersebut..

-------------------------------------<terjemahan AlQuran>------------------------------------------------

4: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya.Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.

5: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

6: Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak mempunyai saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya diri sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar

7: Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia daripada orang-orang yang berdusta

8: Dan bagi menghindarkan hukuman seksa, dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suami (yang menuduhnya) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta

9: Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata) bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar
----------------------------------------<terjemahan tamat>------------------------------------------------

Dalam hal bersumpah ni, hendaklah bersumpah dengan nama Allah. Sementara hakim dibenarkan memberatkan lafaz sumpah iaitu menambah sifat-sifat Allah dalam bersumpah. Misalnya menyuruh bersumpah dengan lafaz "Demi Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nampak, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang," atau sifat-sifat agungNya --> agar menjadikan sumpah terasa lebih berat untuk diteruskan bagi yang berdusta.

Selain itu, boleh juga membacakan ayat-ayat atau hadith berkenaan bahaya dan dosa sumpah palsu. Seperti mana ayat berikut:
"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yan sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan (tidak) pula mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih" (Surah Al-Imran 3:77)
Ok, section closed! Rasa gerun tak dengar bahaya kemurkaan Allah bila bersumpah ni?? Bagi aku memang rasa gerun sangat, jadi tak berani aku nak sumpah-sumpah ni kecuali aku berada dalam kebenaran dan terpaksa.. Aku percaya, bagi mereka yang benar-benar beriman tentunya tak berani untuk bersumpah palsu. Tapi realitinya macam sedih juga bila tengok ada sebilangan mereka yang sanggup bersumpah palsu ni..
"Ya Allah, semoga kami diberikan hidayah agar sentiasa dalam rahmatMu.."
Some other stream of thought
Seperkara lagi.. aku terjumpa satu nasihat lain berkenaan sumpah ni..
"Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah yang kamu tidak dimaksudkan untuk bersumpah, tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan menjatuhkan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh kamu (iaitu dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar" - Surah Al-Baqarah 2:225
Jadi berdasarkan firman ni, maksudnya jangan saja-saja nak bersumpah (apatah lagi kalau sumpah tersebut tak boleh tak benar..)..
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)