motivasi diri..

"Syed, can we talk?" - mesej yang aku terima daripada seorang sahabat lama ketika bangun dari tidur
"Sure, nak cakap apa? Nak *jumpa (*sukanya aku mengajak untuk berjumpa agar interaksi lebih berkesan, takut salah dengar/faham kalau cakap melalui telefon) tak? Maybe minum-minum ke nanti? Aku kerja sampai pukul 2 hari ni.." - balas aku
 "Petang atau malam sesuai tak? Kalau boleh aku tak nak ganggu waktu rehat kau"
"Aku ok je. Lama tak jumpa ^-^ kot-kot dapat inspirasi jumpa kau.."
"Alamak tinggi expectation ni, no pressure-pressure haha..
Fokus - *inspirasi motivasi
(nota - setelah semak kamus dewan bahasa dan pustaka, aku dapati istilah 'motivasi' lebih tepat ^-^! maaf-maaf..)

Apa-apa pun, aku cuba untuk menganggap setiap pertemuan / situasi adalah motivasi bagi diriku. Insya-Allah aku cuba mengambil yang baik untuk dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan iktibar & sempadan. Jadi aku tak kisah untuk meluangkan sedikit masa mendampingi mereka pada ketika diperlukan walaupun bagi kebanyakan pihak lain, mereka lebih mengutamakan situasi diri sendiri (terutamanya kalau sibuk dengan kerja atau exam).

"Seolah-olah macam sublimation respons (boleh rujuk entri defence mechanism to stress untuk nota bagi istilah psikologi ni, ataupun boleh rujuk sendiri pada nukilan ilmuwan yang berkaitan) yang tindak balas bagi tekanan tertentu disalurkan kepada sesuatu yang lebih diterima baik.. misalnya semakin bersemangat/ bertenaga untuk melakukan aktiviti sihat.. "
Aku setuju dengan pendapat seorang sahabat karib (dalam entrinya syukur kau tolak aku ke hadapan), yang mana apabila berhadapan dengan dengan 'musuh', sebaiknya mereka dan sifat negatifnya dijadikan daya tolak untuk terus maju ke hadapan. Hal ini meliputi;

  • melihatkan sebilangan pihak yang mementingkan diri sendiri dan mengabaikan mereka yang memerlukan
  • situasi diri sendiri menjadi mangsa dalam sesuatu musibah (eg. kena marah teruk dan sebagainya)
  • gagal mencapai sesuatu objektif (eg. gagal final exam)

Sementara itu, ketika mendampingi mereka yang memerlukan aku tak nak menganggap mereka sebagai daya penghalang dalam usahaku. Bahkan pada satu cara, aku menganggap merekalah 'daya penarik' agar aku gah dengan pendirian aku terus maju ^-^! memang satu motivasi pada satu cara..
"Tolong orang itu aku rasa adalah satu interaksi dua hala dalam diam.. Yang mana pihak penolong sebenarnya juga sedang menolong diri sendiri. Setidaknya perasaan gembira (dapat membantu orang lain itu) kan memberi kesan positif terhadap diri sendiri untuk lebih bersemangat mengharungi kehidupan" 
Some other stream of thought
Namun, aku sedar di sebalik usaha aku memotivasikan diri agar lebih positif menghadapi kehidupan. Aku rasa adanya daya negatif juga turut berkembang (aku difahamkan daya positif dan negatif adalah sentiasa seiringan tambah-tambah kita ni bukanlah maksum). Khuatir juga kalau-kalau usaha motivasi diri ni bila sampai satu tahap ia akan breakdown lalu perkara sebaliknya berlaku di luar jangkaan.. Na'uzubillah min dzalik..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)