Gaming di PC

Haha, dah lama tak berkongsi 'game' (perlu ke berkongsi? ^-^!). Kali ni, aku ingin berkongsi game kegemaran dari konsol komputer peribadi (PC) pula.. Jom tengok trailer berikut


Untuk wakil PC, aku sukakan game dari siri Sim (misalnya SimCity, SimTower, SimTown, SimAnt, The Sims dan sebagainya). Biasanya game dari siri ini adalah berbentuk pengurusan, iaitu kita sendiri merancang susun atur dan arus permainan tersebut. Ringkasnya game ini adalah lebih kepada kasual, tiada jalan cerita khusus dan bukan pula berbentuk action.
"Disebabkan aku ada sejarah pernah membuatkan komputer rosak (disebabkan main game ganas sangat) sehingga dimarah teruk oleh ayah, kesannya aku memilih untuk bermain game sebegini sahaja di komputer >_<! kurang risiko sikit.. Takpe la, kalau nak main game RPG /action, aku ada konsol lain.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)