Alone

gambar hiasan
Baru-baru ni adik aku outstation ke Johor selama 2 bulan dan kebetulan pula ibu bapa aku mengembara ke bumi Kelantan beberapa hari. Maka tinggallah aku sendirian menjaga rumah sepanjang minggu ni v_v Home alone~
"Feel kinda lonely here, when everyone's gone.."
Baik, aku jujur! Ini bukannya kali pertama aku berseorangan. Malah, walaupun dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara atau sahabat handai sekali pun, aku kerap kali meluangkan masa bersendirian. Sampai terdengar akan testimoni dari sekeliling, antaranya;
"Syed tu macam hidup dalam dunianya sendiri.."
"Forever alone ke Syed tu.. Asyik sorang-sorang je" 
Dan banyak lagilah. Tentulah, aku percaya akan satu hikmah "no man is an island" iaitu tiada seorang pun boleh berjaya tanpa komunikasi dengan watak sekeliling.. Tapi aku memilih untuk bersendirian acap kali atas sebab berikut;

Pertamanya, bila berseorangan aku lebih banyak muhasabah diri. Melihatkan suasana persekitaran (keluarga orang lain yang mesra, perilaku baik/buruk, kebesaran alam dan lain-lain) membuatkan aku sentiasa berfikir. Bukankah Rasulullah dulu juga menyendiri di gua hira' sambil muhasabah diri? Kalau meluangkan masa bersama khalayak ramai, tanpa sedar kita akan kurang peka terhadap semua yang tersebut..

Keduanya, memang pendirian aku agar tidak menyusahkan sesiapa semampu boleh. Jadi banyak perkaranya aku mengelak untuk babitkan orang lain, terutamanya mereka yang sibuk atau ada plan sendiri. Misalnya nak keluar weekend ketika kawan-kawan lain ingin studi / ada kerja. Sementara, dalam situasi yang berjaya keluar bersama-sama, banyak kali aku mengalah untuk memberitahu keinginan aku. Misalnya ingin eksplorasi di kedai-kedai buku, dikhuatiri berjam lamanya.. Takkan nak buatkan mereka menunggu pula nanti, rasa bersalah dan tak best pula.. (pendirian ini boleh dikaitkan dengan entri pasif-assertif-aggresif)

Ketiganya...... ^-^! haha, banyak pula nak mencipta alasan. Sudah-sudah la tu..

sungguh, kalau dah Allah kita takkan rasa keseorangan pun ^-^
Some other stream of thought
Meskipun sedemikian, aku faham sangat tentang perit-seksanya perasaan keseorangan ni. Oleh sebab itu, banyak kali, sekiranya aku melihat kawan aku 'berseorangan' maka insya-allah aku sudi menjadi 'teman' sementara dia sama ada sehingga dia jumpa kawan kamcengnya atau selesai urusan yang dilakukan. Pernah sekali, aku mengabaikan niat asal aku ingin bersendirian naik motor ke tempat makan, sebab ada seorang kawan ni terpaksa 'bersendirian' naik keretanya untuk keluar makan..
"mungkin, cara terbaik untuk elakkan aku bersendirian ialah melalui secara psikologi seperti yang tersebut. Aku tak sampai hati nak biarkan.." ^-^! 
 "Though, at times i wish some true friends will be there to keep me company (and never let me alone, persistently), now still searching.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)