Time capsule

1 Mei tiba lagi.. Selain hari buruh dunia, tarikh ni juga adalah tarikh keramat untuk pertemuan semula aku dan kawan-kawan tingkatan 4JM SBP 2004 dulu ^-^ Sebelum apa-apa, meh aku imbas kembali akan satu kisah silam..

-------------------------------------------<diary mode activate!>-----------------------------------------
2 Disember 2005
proses penanaman time capsule
KRINGGGGG~ jam loceng yang dibawa beramai-ramai (^-^! siapa punya idea la ni) berbunyi mengakhiri peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005. Setelah menghantar kertas akhir EST, kami pun bergerak meninggalkan dewan peperiksaan tersebut.

Jadi dah tiba la masa berpisah. Kawan-kawan aku yang berasal dari pelbagai tempat kini mula berkemas ingin pulang ke negeri masing-masing. Tapi entah macam mana, salah seorang daripada kami menimbulkan idea 'time capsule' ni..
"Jom la kita tanam 'time capsule'. Tiap-tiap orang tulis apa-apa je pada kertas masing-masing dan kita masukkan dalam botol ni lalu tanam. Dalam 10 tahun lagi, kita datang gali balik.." 
Maka kami pun berkumpul semula setelah solat jumaat dan mulalah proses penanaman 'time capsul' kami. Setelah berbincang tentang tarikh pertemuan semula, maka akhirnya telah dipersetujui bahawa kami akan datang semula ke sekolah pada 1 Mei 2015, berkumpul sebelum menggali semua memori kami semua..

--------------------------------------------<diary mode end>----------------------------------------------

Demikianlah kisahnya. 2 tahun lagi dalam kiraan ^-^ Aku sebagai bekas ketua kelas 4JM kena juga menjalankan tugas akhir mengingatkan semua ahli agar berusaha datang semula ke tempat tersebut..
"Apabila masa kian berlalu, boleh jadi wujudnya satu perasaan teragak-agak dalam diri masing-masing untuk hadir bertemu semula, terutamanya bila saling tak berhubung atau bertemu, apatah lagi setiap orang menghadapi situasi masing-masing.."
"Tapi bagi aku, bukankah ini bahkan lebih menguatkan lagi perasaan untuk bertemu semula? Berpisah selama hampir 10 tahun, masing-masing pastinya ada cerita untuk dikongsikan tentang pengalaman hidup yang diharungi sejak perpisahan tersebut. Tak sabar pula nak dengar kisah semua orang.." 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)