Hidup hanya sementara

Hm, dah lama tak berkongsi nasihat dalam blog, lantaran semua entri baru-baru ni nyata bersifat diari dan luahan semuata-mata ^-^ ok, jom~ pertamanya kita tengok trigger dulu..

Dalam kesibukan bekerja ni, aku semakin kurang pula membaca Al-Quran. Astagfirullah-al-aziim v_v dunia telah melalaikan aku.. Sempat baca 2 halaman je sehari (berbanding zaman belajar dulu 4-5 halaman sehari). Jadi baru ni, aku membaca Al-Quran seperti biasa dan cuba memahami maksudnya. Baca-baca aku pun sampailah ke ayat yang berikut; (Jom semak~)
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuh suburlah dengannya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh oleh manusia dan binatang - bercampur aduk dan berpaut-pautan (pokok dan pohonnya) dengan sebab air tersebut hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang warna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasai (mengambil hasilnya), datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikannya hancur lebur, seolah-olah ia tidak (pernah) ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar darinya). (Itulah kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).. (Surah Yunus 10:24-25)
Fokus - hidup ni hanya sementara
Huh, panjangnya ayat ni.. v_v jadi apa yang aku cuba fahamkan ialah kehidupan dunia ni adalah seperti;
Air hujan turun ke bumi --> tanaman jadi subur (dan bumi jadi indah dengan bunga-bungaan cantik berwarna-warni) --> penduduk bumi kononnya menyangka mereka akan dapat menikmati hasil tersebut --> siapa tahu Allah datangkan bencana pada tanaman tersebut bila-bila masa --> nikmat (tanaman) hilang tanpa kesan (seolah-olah tak pernah wujud pun kat situ langsung)
Jadi demikianlah bandingan yang cuba disampaikan iaitu kehidupan kat dunia ni hanyalah sementara sahaja. Kaya atau miskin, senang atau susah segalanya seolah-olah tak pernah wujud pun bila datangnya waktu kematian.  Dan hal kematian ini adalah perkara ghaib yang pasti berlaku, seperti mana Firman Allah banyak dalam ayatNya (antaranya):
.. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh (ajal) yang ditetapkan, maka apabila sampai tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya (Surah Yunus 10: sebahagian dari ayat 49)
dunia tidak lain hanyalah sebagai tempat persinggahan
Jadi begitulah halnya. Dunia hanya sementara, sedangkan kita menuju akhirat yang kekal dan pasti. Oleh itu, pentingnya agar kita beringat-ingat dan seterusnya mempersiapkan diri untuk menghadapi hari tersebut. Kerana telah pun diperihalkan dalam Al-Furqan bahawa:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang redha (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenteram dengannya, dan orang-orang yan tidak mengendahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) Kami. Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka, disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan (Surah Yunus 10:7-8)

announcement LRT of life, "please make full preparation before going to next station"
Melihatkan peta hidup (rajah) tersebut, membuatkan aku tertanya-tanya, "apakah aku sudah cukup bersedia menghadapi hari akhirat.." memandangkan adanya ayat dari surah yang sama (^-^! nampak sangat aku tengah go through surah ni) menyebut:
Dan pada masa itu, sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada diri dan orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah ia rela menebus dirinya dengan semua itu (dari azab yang akan menimpanya); dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa ketika mereka melihat azab itu. dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu (Surah Yunus 10:54)
Some other stream of thought 
  • sementara itu, arwah Wan telah pun berada di perhentian seterusnya (barzakh), bagaimanalah keadaannya agaknya? Dengan keadaan yang serba tak pasti, aku hanya mampu mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuknya di Akhirat kelak.. semoga arwah sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin
  • Best surah Yunus ni. Banyak mesej menarik ^-^ aku pun tertarik membacanya.. Allahu akbar~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)