Sempena hari ibu..

Kebetulan tarikh ni adalah hari ahad minggu yang ke-2 bulan mei tahun ni, maka entri ni adalah berkaitan dengan hari ibu. Ramai yang agak teruja dengan sambutan hari ibu ni, seperti mana banyaknya perkongsian yang berkaitan sempena tarikh tersebut. Namun...

Fokus - hari ibu itu haram?!
Pertamanya, jom kita dengar / tonton video ini terlebih dahulu:


Sekadar yang aku faham; menyambut hari ibu ni haram adalah disebabkan

  • kita meniru budaya orang kafir menyambut hari ibu (mereka sambut berdasarkan asal-usul tertentu kononnya untuk menghargai ibu)
  • Budaya Islam mendidik umatnya agar menghargai ibu setiap hari (bukannya pada hari-hari tertentu dalam setahun) 
Berdasarkan video tersebut, baru aku sedar ada benarnya nasihat tersebut. Tak perlu nak tunggu hari ibu untuk raikan ibu. Kalau boleh sepanjang masa (jika berkesempatan), hendaklah kita gembirakan ibu kita sebaik mungkin..
"Hadiah terbaik tak semestinya paling mahal atau berharga lantaran setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Namun, tiada yang lebih menggembirakan ibu bapa melainkan melihat anaknya membesar menjadi anak soleh yang berjaya serta dapat meluangkan masa mendampingi mereka dewasa kelak.." - idea rawak
Other stream of thought
Bagi sesetengah golongan yang sudah ketiadaan ibu (macam aku juga sejak 12.10.2008), bagaimanakah cara untuk menghargai mereka pula (sebab mereka dah tak ada..)? Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan, antaranya: (sumber mengenali Islam.blogspot)
  1. Menjelaskan hutangnya (jika ada)
  2. Kekal berhubung silaturrahim dengan sahabat & saudara mereka
  3. Mendoakan kesejahteraan mereka di akhirat
  4. Membayar zakat (jika ada)
  5. Qada' puasa mereka (jika ada)
  6. Menunaikan haji untuknya (jika mereka tidak sempat menunaikan haji sebelum meninggal)
  7. Menziarahi kubur mereka
  8. Menunaikan wasiat mereka


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)