Zakat fitrah

Hari ni aku bekerja umpama seorang runner pula, 'berlari' ke sana ke mari untuk mendapatkan dokumen pesakit se-urgent mungkin ^-^! penatnya berjalan ke macam tempat (satu destinasi berjarak 300-400meter jadi cuba bayangkan kalau beberapa perjalanan ditambah lagi bulan puasa) ni namun pada satu cara, aku berlepas diri dari kerja-kerja wad.. Ketika melintas masjid di hospital, aku mengambil kesempatan singgah sebentar. Kebetulan adanya kaunter dibuka bagi pengunjung jika nak bayar zakat fitrah.
"Oh ya, aku belum bayar zakat fitrah lagi.." (sungguhpun aku tahu ayah kata dia tolong bayarkan, namun aku tetap berniat untuk bayar sendiri juga, sejak di UNIMAS lagi aku memang begitu)
Fokus - zakat fitrah 
dapat slip ni sebagai tanda telah bayar zakat ^-^
Alang-alang dah topik zakat fitrah ni, apa kata ulangkaji sedikit sebanyak, kali ni lebih spesifik kepada zakat fitrah dalam bulan Ramadhan ni.. (kalau dalam entri zakat suatu masa dulu, info tersebut lebih kepada zakat secara umum sahaja)

Jadi kita mulai dengan hadith berikut, yang mewajibkan ibadah zakat fitrah ni:
"Rasulullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah segantang kurma, atau segantang gandum ke atas hamba atau orang merdeka, lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa daripada kalangan orang Islam. Dan Nabi memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk melakukan solat (Hari Raya)" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada hadith tersebut, kita boleh faham bahawa wajib zakat itu apply kepada semua golongan asalkan dia orang Islam tanpa perbezaan umur, jantina, status merdeka/hamba. Syarat tambahan untuk zakat fitrah adalah seperti berikut:
Ibnu Umar r.a berkata, "Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya daripada orang-orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu)" (Riwayat Daruquthni)
Berdasarkan hadith tersebut, difahamkan bahawa syarat tambahan untuk bayar zakat ni adalah mereka yang mempunyai makanan untuk disediakan (setidaknya pada malam raya sehingga pagi raya) mengikut kadar makanan kebiasaan setempat..

Bayaran zakat fitrah tahun ni adalah sebanyak RM7.00 iaitu bersamaan segantang beras (kira-kira 2.6kg beratnya). Ketika pembayaran zakat ni, adanya proses akad dan diakhiri doa..
"Semoga Allah memberi pahala atas apa yg telah kau berikan, menjadikannya penyuci (jiwa dan harta) untukmu, dan melimpahkan berkat terhadap harta yang tinggal." --> entah terharu pula aku bila baca pengertiannya ^-^!
Some other stream of thought
Aku teringat satu video klip dari productive muslim, cuba menyampaikan mesej yang sama seperti mana idea zakat fitrah ni.. Jom tengok dulu, nanti baru spoiler ^-^!



Spoiler alert! video klip ini menyampaikan mesej bahawa muslim sebaiknya berkongsikan makanan dengan mereka yang susah lagi memerlukan. Dan itu salah satu kesan positif dari berpuasa ni; iaitu kita tahu kesusahan orang yang lapar, maka kita berusaha membantu mereka melalui program kebajikan (sama ada sendirian atau berjemaah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)