[Resepi] Pizza Homemade
Saja kongsikan menu pizza homemade.. Pernah buat beberapa kali untuk suami. Rujuk resepi orang sebenarnya tapi ubah suai sikit jadi ikut perisa kegemaran suami..
-- [Resepi] PIZZA HOMEMADE ---
Doh pizza
- Tepung gandum [satu cawan setengah]
- Yis setengah [sudu besar]
- Susu pekat [satu sudu besar]
- Minyak masak [setengah sudu besar]
- Garam [secubit rasa]
Cara-cara
1. Bancuhkan yis dengan air suam.
2. Uli bersama tepung gandum.
3. Susu, minyak dan garam gaulkan sekali dalam air suam.
4. Dan tuangkan ke dalam tepung gandum.
5. Uli sehingga sebati dan tidak meletak kat tangan.
6. Tutupkan doh tadi kedalam bekas yang bertutup. Tunggu sehingga doh naik.
Sos pizza
- Sos tomato
- Sos cili
- Cili blend
- Gula & Garam secukup rasa
- Bawang merah & Bawang Putih
- Isi ayam
Cara-cara
1. Tumiskan cili blend bersama bawang putih dan bawang merah.
2. Masakkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan sos tomato & Sos cili.
4. Dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bahan-bahan pizza
- Cili banggala
- Keju (cheese)
- Potongan kecil buah Nenas
- Potongan kecil Sosej
- Cendawan butang
- Bawang holland
- Mayonis
Cara-cara
1. Sapukan sos pizza tadi ke atas doh pizza.
2. Letakkan bahan-bahan pizza di atas doh pizza.
3. Dan bakar selama 20 min.
--- DAH SIAP! SELAMAT MENCUBA ---
Ulasan