musibah 28.4.2012

Teringat aku akan peristiwa yang berlaku cukup setahun yang lalu pada tarikh 28.4.2012. Apa yang berlaku?
"Tanggal 28.4.2012 hari ahad, aku keluar jogging di taman budaya Kuching. Pertama kalinya aku membawa bersama 2 orang kawan aku agar lebih ceria & sihat (walaupun masing-masing berjogging pada haluan sendiri). Sebab nak bawa orang jadi aku pinjam kereta seorang housemate ni.. Jadi kami pun berjogging la dalam 5 round kemudian rehat sekejap untuk cool down badan. Bila sampai masa balik aku terkejut melihat keadaan kereta aku yang tampak dipecah masuk. Aku pun periksa dan nampaknya memang betul la sangkaan aku tu. Beg sandang aku berisi dompet, handphone xperia x12, botol air serta kunci bilik dah pun dicilok orang.."
Jadi demikian la kisahnya. Kejadian ni pernah terlintas dalam kotak fikiran aku ketika cool down;
"(kenapa rasa tak sedap ni? Seolah-olah kat kereta ada orang nak curi. Tapi aku dah kunci baik, rasanya insya-allah takde masalah kot)" --> pemikiran naif v_v
Tapi alhamdulillah aku seorang saja mangsa kecurian tersebut. Kebetulan 2 orang kawan aku ni tak membawa apa-apa langsung keluar jogging. Dan kereta pinjaman aku dalam keadaan selamat tanpa pecah tingkap dan lain-lain v_v menariknya atas sebab ini, aku tidak menunjukkan reaksi marah yang melampau apabila menghadapi keadaan tersebut. Tapi tetap perlunya membuat laporan kecurian seterusnya perlu mengharungi tempoh penggantian semula inventori (kad pengenalan, kad ATM, dompet, handphone dll) -_-" satu kerja pula nak ke hulu dan hilir~

Bila dirujuk kembali status facebook pada masa tu;

apa yg berlaku pagi ni serta-merta mengingatkan aku tentang ayat2 alQuran dari surah ke-42 As-Syura (dah balik baru nak check), ayatnya:

39 - "Dan juga (lebih baik & kekal bagi) orang-orang yg apabila ditimpa kejahatan / perbuatan zalim mereka hanya bertindak membela diri (yg sepadan & tidak melampaui batas)"
40 - "Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yg bersamaan dengannya. Dalam pada itu, sesiapa yg memaafkan (kejahatan itu) dan berbuat baik kepadanya, maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dgn diberi balasan sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim"
42 - "Sesungguhnya kesalahan itu hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa (mengendahkan) kebenaran. Mereka itu mendapat seksaan yg pedih"
43 - "Dalam pada itu (ingatlah), orang-orang yang bersabar & memaafkan kesalahan org lain terhadapnya, sesungguhnya perkara yg demikian adalah dari perkara yg dikehendaki (diambil berat melakukannya kerana ia termasuk perbuatan mulia)"

v_v pada satu sudut, kalau orang tu benar2 tgh desperate dan memerlukan, maka aku berdoa agar sedikit sbyk dapat membantu kehidupannya dan semoga dia beroleh hidayah.. ^-^ insya-Allah aku redha dgn apa yg berlaku~


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah pendirian aku ketika itu. Jadi tak boleh la nak merintih sangat akan ketentuan takdir.. Setidaknya, beberapa hikmah yang aku dapat dalam kejadian ini;
  • Aku sedar aku mempunyai kawan-kawan yang prihatin dan sudi membantu aku pada masa susahku. 
  • Antara peluang untuk aku belajar berinteraksi dengan pihak-pihak (nak lapor pada polis, jumpa pegawai bank untuk perbaharui kad, ganti lesen dan kad pengenalan dan macam-macam lagi). Setidaknya ada la pengalaman tentang langkah yang perlu dipatuhi atau tempoh masa pemprosesan semua interaksi tersebut..
Some other trivial
Sejak peristiwa ini juga, aku mula menggunakan nombor celcom 019xxxxxxx sementara waktu dan kemudiannya dijadikan nombor aktif di luar rumah (maksudnya segala komunikasi di luar rumah eg. tempat kerja, jalan raya lebih bergantung kepada nombor ini) sementara nombor maxis 012xxxxxxx menjadi lebih pasif dan berkecuali ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)