Business saving

"Nak kongsi sesuatu ni; berminat tak kalau nak kembangkan duit simpanan? Ada satu platform ni amat menarik dan menguntungkan, sebab kadar dividennya sangat tinggi iaitu berganda-ganda banyaknya.. kalau berminat boleh la mesej saya.."
Demikianlah antara mesej yang aku dapat beberapa hari lalu. Apa respon yang akan diberikan kalau kalian semua dalam situasi tersebut?

Rupanya aku diperkenalkan akan satu bentuk simpanan perniagaan yang mana kita menyalurkan modal dengan nilai tertentu, dan aku akan mendapat faedah pada kadar tertentu dengan tempoh masa yang tertentu. Diperihalkan, dalam simpanan perniagaan ini, aku akan mendapat dividen 2% (dari modal yang disalurkan) bagi setiap 10 hari yang berlalu..

Dalam proses timbang tara ini, timbulnya beberapa arus fikiran yang menjadi persoalan kali ni. Jom kita lihat fokus;

Fokus A - Fitrah manusia suka mengumpul harta
teringat akan satu hadith, Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.” (Riwayat Bukhari no. 6438) 
Aku akui, memang benarnya hadith tersebut, sehinggakan aku juga turut sama mempunyai niat yang sama. Meskipun aku beralasan menyimpan harta demi masa depan (eg. untuk berkeluarga atau menampung kehidupan hari tua), aku tetap tidak lari dari fitrah tersebut..

Fokus B - Rezeki melalui usaha sendiri
Setelah mendengar penjelasan yang diberikan oleh orang yang memberi tawaran tersebut, terlintas dalam fikiran aku sama ada adakah ini yang dikatakan skim cepat kaya? menjana pendapatan dengan cara mudah.. Secara jujur, walaupun aku juga tak lari dari naluri mengumpul harta, tapi aku lebih sukakan cara berusaha sungguh-sungguh, iaitu bekerja kuat dan membanting tulang, rasionalnya agar aku lebih bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.. sebaliknya, rezeki yang mudah didapati tentulah lebih mudah untuk kita abaikan/lupakan.. Jom kita ambil contoh mudah;
"berapa ramai yang begitu bersyukur dengan nikmat udara yang dihirup setiap saat? Oleh kerana bernafas itu seolah-olah proses automatic, maka ramai yang alpa tentang nikmat tersebut. Sementara bagi situasi udara terhad (eg. dalam air) baru la terasa udara itu satu nikmat.."
Fokus C - halal atau haram?
Lagi pula, aku ragu-ragu tentang kemungkinan keuntungan tersebut adalah suatu bentuk riba yang tidak aku ketahui. Jadi, situasi ni perlukan pertimbangan secara berhati-hati. Haram ke halal ni? Ketika sedang mencari penjelasan, aku menjumpai video ulasan ustaz Azhar Idrus. jom kita tengok apa katanya..


dari video tersebut timbul pula fokus D
Fokus D - bagaimanakah rezeki tersebut akan dibelanjakan?
biasanya kita mempunyai matlamat peribadi yang tersendiri apabila menceburi bidang-bidang yang menjanjikan pulangan lumayan, misalnya ingin memperbaik taraf hidup dan lain-lain. Tapi mendengarkan video tersebut, aku seperti dihantuk betapa rezeki tersebut sebaiknya hendaklah digunakan untuk membantu umat yang lain.. Seperti firman Allah tentang kelebihan bersedekah ini;
"Bandingan (derma/sedeqah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (Surah Al-Baqarah 2:261)
----------------------------------------------<section closed>-----------------------------------------
Jadi kalau aku nak melibatkan diri dalam simpanan perniagaan ni, perlunya aku memasang niat untuk membantu umat sejagat.. v_v insya-Allah~ 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)