iktibar kisah penjual tembikai
"Uncle, bila boleh siap motor saya ni?" - tanyaku kepada pemilik kedai motor ni
"Aiya, cuba tengok petang ini. Kalau tak pun, mungkin esok pagi ar.." - balasnya..Tetapi memandangkan aku kerja shif malam, jadi aku tidak datang pada petang itu dan menangguhkannya ke esok hari sahaja. Pada keesokan hari..
"Uncle, dah siap ke motor saya.."
"Belum lagi ma, itu kena tunggu petang sikit.."Aku berlalu meninggalkan kedai tersebut sambil fokus kepada kerja yang lebih penting, dan petangnya aku singgah semula di kedai motor tersebut untuk bertanyakan keadaan..
"Uncle, dah siap??"
"Belum lagi ma, esok baru boleh siap..."
"(APA NI!? SEMALAM KATA BOLEH SIAP SEHARI JE... NI DAH 2 HARI DAH NI!!)" - ucapan marah dalam diri aku yang aku pendam je, tak berjaya diluahkan
"takpe la, nanti saya datang lagi" - kataku sambil berlalu pergi
-Trigger tamat-
Fokus - kisah si penjual tembikai
(nota - isi fokus ini adalah copy paste dari sumber berikut Dengan redhaAllah.blogspot)
Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
-----------------------------------------<section closed!>-------------------------------------------------Bila diingat kembali cerita ni, aku sedar semua yang berlaku ni adalah takdir Allah s.w.t. Jadi sebaiknya aku tak boleh nak marah-marah bila situasi tak mengikut kehendak diri.. Takpelah, ada baiknya aku bersangka baik dengan apa yang berlaku, setidaknya semoga aku (kita) diberi pahala atas kesabaran diri..
Jom kawan-kawan! Semoga kita menjadi lebih bersabar menghadapi takdir-takdir Allah.. Aku yakin banyak lagi situasi-situasi lain yang boleh dianalogikan seperti kisah tersebut.. Umumnya semua orang sentiasa inginkan yang terbaik, kan..
Ulasan