apabila terserempak anjing..

sQ33 berkenaan mindset terhadap anjing
Ketika pulang dari tempat kerja, aku terserempak dengan seekor anjing di depan pagar rumah aku.. macam dalam gambar diberi -->

Memang situasi cemas sekejap juga la, kot-kot anjing ni mengganas dan menggigit aku tiba-tiba. (suatu masa dulu aku pernah mimpi dikejar anjing sampai ke tahap hampir digigit >_<! alhamdulillah aku terjaga pada saat-saat akhir). Jadi mungkin hasil mimpi tersebut, badan aku memberi tindak balas cemas sedemikian..

Namun, aku bertindak sambil lewa sambil membiarkan saja anjing tersebut tanpa mengganggu atau diganggu. Alhamdulillah takde apa yang berlaku..

Serta merta aku teringat komik yang pernah aku keluarkan dulu di Syifa'ul Qalbi (risalah surau) berkenaan situasi tersebut.. Jom tengok arus-arus fikiran yang berikut;

Fokus - isu anjing
(rujukan isi entri ni adalah dari sumber berikut --> hukum kenajisan anjing dalam islam
*warning - kalau aku ada tersilap dalam pemahaman tentang hukum, sila tegur & perbetulkan v_v sesungguhnya pada diriku terdapat banyak kelemahan yang perlukan tunjuk ajar yang lebih arif 
Sejak diawal umur lagi, kita diajar bahawa anjing tergolong dalam kategori najis mughalazoh (berat) iaitu apabila kita perlu bersuci dengan membasuh 7 kali menurut kaedah yang diajar. Ada hadith yang menunjukkan betapa perlunya menyucikan semula bekas yang terkena jilatan anjing, iaitu seperti yang berikut:
"Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali" (riwayat bukhari dan muslim)
Namun terdapat juga situasi yang mana kita tidak perlu menyucikan sesuatu apabila melibatkan anjing. Misalnya Allah telah berfirman:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]
Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahamkan kalau pemburu membawa anjing berburu di hutan lalu berjaya menangkap rusa (melalui anjing buruan kejar dan gigit untuk lemahkannya), lalu disembelih mengikut cara Islam, yang demikian tersebut masih halal dimakan tanpa perlu menyucikannya..

Contoh lain adalah berdasarkan hadith berikut;
“Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud).
Jadi apa yang aku faham, anjing tu hanya tidaklah najis/ haram secara keseluruhannya. Ada situasi tertentu sahaja yang diperlukan bersuci..

Some other stream of thought
Aku tak pasti la sama ada sejak kecil kita dididik agar takutkan anjing kerana ianya najis/haram atau pun memang binatang buas yang merbahaya. Tapi aku percaya, ramai orang apabila ditemukan dengan anjing di tepian jalan pasti idea utama yang timbul adalah berkenaan najis dan perlunya bersuci.
"Mungkin satu kerja juga kena menyucikan diri setelah terkena dengan anjing, tapi bila lagi nak amalkan ilmu ni.. kalau tak sampai ke dewasa pun, kita tak tahu macam mana nak amalkannya bila kena masanya.. Macam aku sekarang --> masa kecil dulu punya la hafal macam mana nak bersuci, tapi meningkat dewasa kalau ditanya mesti 'lupa' dan kena tengok balik.."
Keduanya, pernah aku terbaca di *keratan akhbar bahawa pihak musuh mempergunakan isi ini untuk menakutkan umat islam serta menindas mereka. (akhbar tersebut berkisar tentang tentera musuh menyerang negara Islam, sambil ada gambar menunjukkan mereka membawa anjing untuk menindas golongan yang tak bersalah.. v_v) 
"Dalam hati aku sering mengingatkan sendiri, takde apa yang perlu ditakutkan melainkan Allah. Jadi banyak kali bila terserempak dengan anjing, aku bertindak tak menunjukkan takut kepada anjing --> menariknya setakat ni ia selalu berakhir dengan anjing tersebut berlalu pergi berbuat apa-apa terhadap aku.. alhamdulillah.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)