Menangis itu..

Teringat satu babak yang berlaku ketika sesi belajarku di hospital (UNIMAS SIBU 2009/10) dulu.. Diary mode, let's go~
"Uwaaaaaaa~" - tangis seorang anak kecil mengerang kesakitan ketika sedang dalam prosedur
"Eh adik! Budak laki tak boleh menangis! kena kuat tahan sakit.." - pujuk seorang kawan sekumpulan aku ketika sedang memerhati prosedur yang sedang dilakukan 
"Oh eh? Budak laki tak boleh menangis eh?" - respon aku sejurus lepas mendengar pujukan kawan tersebut
"Yalah! Orang perempuan je boleh menangis. Menangis tu kan nampak lemah?" - ujarnya kepadaku
Fokus - menangis itu..
Secara jujurnya, aku tak begitu bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan kawan aku tersebut ^-^! Aku akui perbuatan menangis itu pada zahirnya membuatkan seseorang tampak lemah di khalayak ramai. Hal ini dijelaskan menangis itu seolah-olah adalah satu perbuatan yang tidak 'mampu berusaha' untuk menangani sesuatu cabaran / musibah, sementata difahamkan orang yang 'kuat' pasti akan ikhtiar sesuatu.. Begitulah pendapat secara umumnya. Namun..

untuk entri ni v_v sila fokus isi bernombor 4 dan 5
Aku tak tahu sejauh mana kebenaran fakta ni (walaupun dia tulis baik 'psychologist') lagi pula sifat ni begitu subjektif dan tidak dapat digambarkan secara mutlak. Tapi aku percaya akan kemungkinan menangis itu bahkan lebih merangsang diri agar lebih kuat pada kemudian hari..
"today's tear will lead to tomorrow courage" 
Pada satu cara logikal, apabila kita percaya diri tidak mampu untuk menangani masalah (lalu menangis), maka akan timbul kesedaran untuk memperbaik diri supaya masalah yang sama tidak lagi berulang.
"First you have to accept (the fact) that you are weak, then you will be able to move on the path you want to take"
Ok, sudah-sudahlah dalil aqli tu. Teringat pula akan dalil naqli berkenaan menangis ni. Jom semak hadith berikut;
Daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad S.A.W bersabda :“Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis” (Riwayat Al-Bukhari)
Dari hadith tersebut dijelaskan apabila kita banyak ketawa, hati akan mati (untuk muhasabah diri sendiri). Jadi Islam menyarankan umatnya banyak menangis (kerana muhasabah diri eg. banyak melakukan kesalahan takutkan Allah s.w.t) sebab kita tak tahu bagaimana pengakhiran kita. Bagi mereka yang sering alpa tentang hakikat ketawa dan menangis ni, Allah telah berfirman;
"Oleh itu bolehlah mereka ketawa *sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis *banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan" (Surah At-Taubah 9:82)
  1. *sedikit merujuk kepada sifat dunia yang bersifat sementara jika nak dibandingkan dengan akhirat yang banyak (kekal)
  2. Ayat tersebut asalnya merujuk kepada 'perihal orang munafik yang bersukacita kerana tidak turut berjihad dengan harta dan jiwa mereka malah menghasut muslim yang lain agar tidak turut berjihad ketika Rasulullah mengajak berjihad' --> (penjelasan adalah berdasarkan ayat sebelumnya 9:81)
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri dan banyak *menangis atas segala dosa yang kita lakukan seharian secara sedar atau tidak.. (*nota - menangis diam-diam & sendirian je la agar kita lebih ikhlas dalam muhasabah kita). Insya-Allah..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)