Kembara

sumber inspirasi aku ^-^
Antara impian aku sejak kecil lagi ialah mengembara melihat dunia. Keinginan ini semakin diperkuat apabila aku membaca tentang 'Wonders of the World' (buku seperti gambar yang disisipkan). Betapa dalam dunia ni terdapat tempat-tempat yang menarik dan mempunyai sejarah tersendiri.. Suatu hari nanti, insya-Allah akan aku pergi melihat sendiri tempat-tempat tersebut..

Fokus - kembara
Teringat juga akan satu Firman Allah s.w.t dalam AlQuran seperti yang berikut;
"Berjalanlah kamu di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta manusia daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.." (Surah Al-Ankabut 29:20)
buku panduan aku ^-^
Berdasarkan ayat tersebut, aku faham bahawa Allah juga menyuruh hamba agar berjalan (mengembara) di atas muka bumi sambil memerhatikan sekeliling tentang kekuasaan Allah. Selain itu, banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka yang bermusafir ni..
"Keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga; Bermusafirlah kerana bagi musafir itu terdapat lima kelebihan; (1) terlepas dari kerumitan (2) dapat meningkatkan kualiti hidup (3) kaya dengan ilmu & pengalaman (4) berpengetahuan luas tentang adab & budaya serta (5) mendapat ramai kenalan" - Ali bin Abu Talib r.a
Pernah juga terdengar pesan nabi bahawa;
"3 golongan doa yang mustajab (diterima Allah) tanpa ragu-ragu ialah orang yang dizalimi, musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.."
Selain itu, musafir juga diberikan bonus/rukhsah dalam ibadah mereka. Misalnya dikecualikan fardhu puasa (tapi kena ganti semula) serta diringankan ibadah solat. Jom kita tengok dalil berikut;
Daripada Ibnu Abbas katanya, telah bersabda Nabi s.a.w; "Telah difardhukan solat ke atas agama Nabi kamu Muhammad s.a.w bagi solat ketika mukim (menetap) empat rakaat dan keika musafir dua rakaat dan ketika ketakutan satu rakaat" (Riwayat Muslim)
Some other stream of thought
  • Jarak musafir yang melayakkan rukhsah adalah seperti hadith berikut;
Daripada ibnu Abbas, Rasulullah bersabda, "Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu memendekkan solat jika kurang dari 4 burd dari Mekah ke Asfaan" (4 burd = 16 Farsakh = 88.656km)  (Riwayat At-Tabrani & Ad-Daruqutni)
  • Berkenaan masa, amat digalakkan untuk memulakan perjalanan pada hari khamis dan juga pada waktu malam berdasarkan hadith berikut
Ka'ab bin Malik menceritakan, sesungguhnya Rasulullah berangkat ke perang Tabuk pada hari khamis. Rasulullah memang menyukai perjalanannya pada hari Khamis" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Anas bin Malik memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, "Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam untuk orang yang bermusafir. (Riwayat Ahmad)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)