Memori FPE

Keputusan Final Professional Exam (FPE) 2013 UNIMAS dah keluar hari ni! Aku mendapat berita kebanyakan kawan-kawan yang aku ambil perhatian telah berjaya & lulus peperiksaan tersebut.. Alhamdulillah ^-^ tahniah kawan-kawan semua..

Oh ya, situasi sebegini mengingatkan aku pada saat-saat yang sama tahun lalu.. v_v ok, let's flashback..

-----------------------------------------------<flashback!>------------------------------------------------

ketika menunggu keputusan
Kalau dinilai prestasi sendiri pada masa itu, aku sendiri dapat rasakan yang aku akan gagal setelah mengharungi sesi klinikal dan teori. Kesannya, ketika hari pengumuman keputusan diumumkan, tiadanya tanda-tanda suspens daripada diriku.. Dan benarlah sangkaan aku, aku gagal dalam peperiksaan akhir.. v_v
"Tapi kenapa aku datang juga pada hari pengumuman itu? Adakah ia bermaksud aku masih menaruh harapan agar keajaiban berlaku?" 
Pada satu cara, aku memang awal-awal lagi bersedih (malam hari sebelum keputusan) dan kalau difikirkan aku tak nak datang menerima hakikat ini. Namun, pendirian aku berubah apabila aku dapat mesej dari ayah aku;
"Do not feel bad about it (failing the exam) & do not have prejudice on Allah. Do sujud Syukur tonight for whatever that happened. Keep a smiling face to your friends & profs. At least, celebrate their happy days with a cheerful face.." - Ayah
Menariknya, nasihat ayah aku ni membuatkan aku tersentak sedar tentang peranan seorang kawan terhadap kejayaan kawannya. Jadi aku datang untuk meraikan kejayaan kawan-kawan aku yang lain..
"insya-Allah, my time (for success) will come, for sure.. Let's keep my chin up and move forward ^-^ and thanks for cheering me up back there my friends.."
Maka kisah flashback ini bersambung sepertimana entri Cebisan kenangan (vol 1) dan sebelum induksi..

----------------------------------------------<flashback end>----------------------------------------------

Kalau difikirkan, aku tak menyesal ditakdirkan gagal pada FPE2012 kerana adanya hikmah yang aku pelajari dan perbaiki. Antaranya aku telah sedar semula peranan sebagai kawan untuk meraikan kejayaan kawan yang lain. Dan menariknya nasihat ni aku belajar daripada pihak yang betul-betul aku tak sangka ^-^ Dan ini betul-betul telah mengubah aku sedikit sebanyak dalam persahabatan..
"sebelum ini atas faktor tertentu, prinsip berkawan aku ialah 'dekat bila susah, jauh bila senang' kesan daripada sebilangan kawan yang hanya 'dekat bila senang, jauh bila susah' ^-^! sejarah yang berkaitan agak complicated skit membuatkan aku sedemikian.."
A true friend should be there whenever good or bad memories..
Tapi rumusnya, FPE2012 bagi aku memang satu kenangan yang bermakna. Dan Alhamdulillah aku berjaya juga menjawat pegawai perubatan ni walaupun lambat sikit..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)