Kembara-2
"Berjalanlah kamu di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta manusia daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.." (Surah Al-Ankabut 29:20)Ketika aku dalam kembara, sukanya aku mengambil kesempatan untuk melawat ke rumah kawan-kawan aku (tentulah aku kena minta izin dulu, kot-kot mereka tak bersedia untuk menerima tetamu ke dsb). Setidaknya sekali pun sudah memadai..
"Kalau boleh, aku nak melawat semua rumah kawan-kawan yang aku kenal" - pernah aku suarakan kepada seorang sahabat ketika posting elektif (2011)Fokus - melawat rumah sahabat
Jadi kenapa beriya-iya sangat ni? Pernah aku dipersoalkan mengapa aku nak menyibuk ke rumah mereka. Ada yang jenis bergurau senda menyatakan aku datang untuk menghabiskan beras mereka sahaja. Aku faham hakikat kedatangan tetamu ke rumah menyebabkan tuan rumah akan masak lebih sebagai menghormati tetamu, terutamanya budaya Melayu memang sedemikian. Namun, bukanlah tujuan utama aku untuk mencapai matlamat tersebut. Ada beberapa sebab yang dapat aku sebutkan;
- Dalam usaha untuk lebih mengenali sahabat aku, aku merasakan bahawa personaliti mereka lebih jujur di rumah, terutamanya terhadap ibu bapa dan adik-beradik. Masa ni la, kita dapat nilai sahabat kita ni seorang yang prihatin, kemas, rajin, suka menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang dapat kita lihat..
"Namun, perkara sebaliknya mungkin juga berlaku iaitu mereka bertindak hipokrit di hadapan tetamu yang hadir ke rumah ^-^ hm, mcm mana nak simpulkan ni.."
- Keduanya, aku ingin lebih banyak melihat nilai kekeluargaan dalam kalangan kawan-kawan agar dapat aku cedok ke arah mencapai keluarga yang lebih baik (bukanlah nak kata aku tak gembira dengan keluarga sendiri, cuma mungkin adanya kekurangan yang perlu aku belajar lagi untuk memperbaik). Jadi memang aku perhatikan hubungan antara ibu bapa dan anak (eg. bagaimana perbualan, layanan dan macam-macam lagi..)
"mungkin adanya perkara yang aku dah lupa atau sering terlepas pandang, semoga pemerhatian ni menyedarkan aku semula.." v_v
- Ketiganya, supaya aku terus diingatkan tentang erti kehidupan. Kalau berdasarkan keluarga aku sendiri, alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga yang berpendidikan dan kemudahan serba cukup. Jadi dengan lawatan tersebut, aku berharap dapat nampak betapa ibu bapa (khasnya) berusaha kuat untuk menyara kehidupan anak sekeluarga. Situasi ni lebih nampak jika aku melawat keluarga yang serba kekurangan..
"Menariknya, bagi segelintir keluarga yang serba kurang ni, mereka kaya dengan budi bahasa serta nilai sosial.. ^-^ mereka lebih peramah, baik.." (tapi disebabkan isi tersebut, aku sering rasa serba salah kerana 'menghabiskan' beras mereka.. macam mana nak make up semula ni?) v_v
- Ini adalah lebih bersifat peribadi, iaitu aku ingin melihat kepelbagaian jenis rumah beserta susun atur rumah yang dirancang oleh keluarga mereka (eg. susun atur perabot dan kelengkapan rumah, jenis TV dll). Semua pemerhatian ni hanya sebagai persediaan bagi aku sebelum memiliki rumah sendiri..
Ulasan