Jujur

"Eh, tadi aku dah bayarkan makanan aku je tau.."  - kataku kepada kawan setelah beredar dari restoran 
"Eh ye ke? Kau kata dah bayar tadi.." - balasnya
"Tu bil aku je ^-^! Maaf sebab bagi salah faham.." - ujarku (nota - kat restoran ni bil diberikan secara peribadi berdasarkan lauk masing-masing. Jadi aku hanya ada bil aku je, tak dapat nak belanja kawan tu di luar pengetahuannya)
"Hm.. Takpe la, nanti tolong ingatkan aku untuk bayar kat restoran tu ya..." - balasnya
 "(Wah, jujurnya kawan aku ni..) ^-^ insya-Allah"
Sudahnya sampai ke malam aktiviti kami, namun kawan aku tetap berniat membayar bil makanannya tadi. Dan dia berjaya menunaikan amanahnya ^-^!
"(ok, menarik! Sifat amanah ni bahkan membuatkan aku bertambah hormat kepadanya.. Terbaik~)" - bisik hatiku
Fokus - Amanah (Jujur)
(isi nasihat adalah bersumberkan dari blog berikut Permata ilmu islam)

Alhamdulillah.. Babak tersebut menyedarkan aku betapa sifat amanah itu sangat mulia. Sebagai ulangkaji, amanah itu maksudnya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas lagi boleh dipercayai. Takdenya sebarang unsur penyelewengan atau helah demi kepentingan sendiri. Cuba fikirkan, berapa ramai di antara kita yang kekal amanah dewasa ni.. Jom kita lihat beberapa contoh situasi lain;
  • Apabila kita diamanahkan untuk menjaga sesuatu barang bernilai (eg. wang), mampukah kita menjaganya dengan baik sehingga ke tempoh masa yang ditetapkan dan pulangkan semula..
  • Dalam proses urusniaga & jual beli yang mana ada ketikanya kita mendapat baki lebih (sebab salah bagi), adakah kita akan memulangkan semula baki tersebut?? 
Jadi aku mencari nasihat dari Kalamullah, dan terjumpa juga firman Allah;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (Al Anfaal : 27)"
Selain itu adanya, hadith berkenaan amanah ni..
Rasulullah s.a.w, bersabda;”Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
Daripada Ali r.a katanya, kami duduk bersama Rasulullah s.a.w , lalu muncul seorang daripada keluarga al-Aliyah dan bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah !, beritahulah kepadaku apakah sesuatu yang palling berat dalam agama dan apakah yang ringan?". Maka jawab Rasulullah s.a.w: "Yang paling ringan dan mudah adalah mengucap dua kalimah syahadat,dan yang paling berat ialah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tidak amanah." (Hadis Riwayat al-Bazar at-Tabrani) 

Tiba-tiba jumpa pula perkongsian menarik yang aku jumpa di laman sosial, maka aku sisipkan sekali dalam entri ni. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua ^-^
“Kejujuran itu adalah ketenangan, sementara kebohongan adalah kegelisahan” (HR. Bukhari)
Saat berbuat jujur (terhadap Allah dan dirimu sendiri), engkau akan merasa tenang dan tenteram. Demikian pula ketika engkau jujur terhadap orang lain. Tetapi tatkala berbuat dosa atau mengkhianati orang maka hatimu menjadi gelisah… Tinggalkan kegelisahan itu, beristighfarlah lalu, bersikaplah jujur.
Nabi s.a.w bersabda, “Apabila seorang hamba berbohong , Malaikat yang menyertainya akan menjauh sekitar satu batu karena bau busuk perbuatannya” (HR. At turmudzi)
Jika Malaikat menjauh, ertinya hilanglah rahmat Allah. Lalu, pastilah Allah murka kepadamu. Setelah itu yang akan mendekat mu adalah syaitan . Karena itu berhati-hatilah, jangan berbohong. Sebab kebaikan datang bersama saudaranya (kejujuran). Demikian pula dengan keburukan, ia datang bersama saudaranya… Selanjutnya, untuk melatih kejujuran ini 
Rasulullah s.a.w bersabda, "jujurlah jika berbicara, tepatilah jika berjanji, tunaikanlah jika diserahi amanah, jagalah kemaluanmu (jangan berzina), jagalah pandanganmu, dan jagalah tanganmu” (HR. Ahmad)


Some other stream of thought
Alhamdulillah. Aku diperlihatkan contoh teladan yang baik daripada kalangan kawan-kawanku ^-^ semoga aku juga turut berusaha mencontohi nilai baik yang diperlihatkan.. Teringat pula satu perumpamaan (hadith) tentang berkawan ni:
“Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau merasakan panasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Alhamdulillah~


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)