Kaya
gambar hiasan |
"Syed, kau berminat nak beli (dan simpan) emas tak? Kebetulan harga emas tengah turun ni. Kalau berminat pm (private message) la aku ye... " - tanya seorang sahabat di laman sosial
"hm, insya-Allah aku akan pertimbangkan.."Aku difahamkan tentang emas adalah antara 2 pelaburan jangka panjang (selain rumah) yang baik kerana harganya boleh berubah dengan masa. Mungkin suatu masa akan datang, harga emas akan melonjak tinggi lantaran banyak permintaan maka sudah tentunya emas mendatangkan pulangan yang banyak lagi berbaloi..
"i wonder if i should give it a try..." v_v
literature form 5 The Pearl (kanan) |
"Novel Bahasa Inggeris ni mengisahkan kehidupan seorang penyelam bernama Kino yang miskin tetapi hidup serba ringkas dan bahagia bersama Isteri dan anak tunggalnya yang masih bayi. Kehidupan yang miskin membuatkan Kino dilayan teruk sehinggakan doktor enggan merawat anaknya yang disengat kala jengking. Namun, pada suatu hari ni, Kino telah menjumpa sebutir mutiara yang terbaik di dunia, dan mula membayangkan bahawa mutiara tersebut bakal mengubah kehidupannya (menjadi kaya). Berita penjumpaan mutiara tersebut cepatnya tersebar ke seluruh tempat. Namun, tanpa diduga mutiara mengundang pelbagai musibah kepada Kino dan keluarganya menyebabkan kebahagiaan yang dikecapinya dahulu sudah hilang. Dipendekkan cerita, akhirnya Kino dan isteri membuang kembali mutiara tersebut ke dalam laut setelah kehilangan segalanya.."(nota - sinopsis asal english boleh didapati di laman berikut The Pearl - synopsis)
Fokus - kaya tapi tak bahagia
Dari novel tersebut, aku setuju bahawa kebendaan (emas, intan, mutiara dll) tak semestinya mendatangkan kebahagiaan seperti yang diinginkan. Bahkan, ia boleh mengundang kecelakaan terutamanya apabila wujud perasaan tidak puas hati dan dengki dari persekitaran v_v
"Jika sedemikianlah perihalnya maka adalah aku mendoakan agar aku sentiasa hidup dalam keadaan yang serba biasa & ringkas tapi masih mampu untuk membantu diri serta orang yang memerlukan.." (bebas dari hasad dengki kerana harta kekayaan)Dan berdasarkan pendirian ini juga, aku juga berdoa agar diri tak terpedaya dengan kemewahan atau kekayaan dunia. Insya-Allah, aku akan berusaha agar tak 'terbeli' dengan nikmat kebendaan sehingga lupakan akhirat..
"Jadi tak perlulah bersusah payah untuk menggembirakan aku melalui harta dan kebendaan" v_vSelain itu, aku juga teringat berkenaan nikmat harta adalah antara empat (4) perkara yang akan dipersoalkan di akhirat kelak..
”Tidak bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang empat perkara (yaitu):(1) Tentang umurnya untuk apa ia habiskan?; (2) Tentang ilmunya untuk apa ia amalkan?; (3) Tentang hartanya darimana ia dapatkan dan kemana ia belanjakan?; dan (4) Tentang badannya untuk apa ia gunakan?. (Sunan At-Tirmidzî).Adanya hadith lain yang menyokong tentang beratnya ujian harta ni, seperti berikut;
"Sungguh berat ujian memiliki harta! Sehingga pada suatu hari Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri)."Dari hadith tersebut, aku faham betapa nikmat harta akan dipersoal dan diadili di akhirat kelak sehinggakan perbezaan 500 tahun lamanya
Some other stream of thought
Namun begitu, bukanlah bermaksud agar 'kita jangan kaya'. Malah Islam menggalakkan umatnya agar berusaha mencari rezeki. Jika diimbau sirah Rasulullah s.a.w, baginda mempunyai sahabat-sahabat yang kaya (seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi), namun kekayaan tersebut digunakan untuk membantu dalam perjuangan Islam.. Kalau sedemikian tentulah lebih baik~
Dan hendaklah diingatkan bahawa nikmat tersebut adalah satu ujian hebat daripada Allah. Terhadap hamba lemah macam aku ni, aku khuatir akan hanyut dan lalai. Na'uzubillah min dzalik ^-^
Ulasan