Penuhi vs mungkiri janji
Catatan kemaskini
9.11.2019 - Kebetulan jumpa ayat Al-Quran yang aku rasa menyampaikan mesej yang sama
Bismillah, teringat aku akan satu sepotong hadith yang aku jumpa tak lama juga..
Peristiwa pencetus bagi penulisan ini ialah..
Dalam al-Quran juga dijelaskan situasi yang sama berlaku melibatkan antara hamba & Tuhan (aku pasti sangat banyak ayat-ayat, cuma aku lupa ayat yang mana),
Dan sungguh menakjubkan aku terjumpa hadith berikut; Maka saja aku kongsikan di sini, agar senang nak rujuk semula apa bila sampai masa yang diperlukan..
(Nota - sukanya aku highlight beberapa rangkap hadith sebagai terjemahan frasa dengan frasa.)
---sumber rujukan riska julianti - berkurangnya iman islam ---
Serta didasarkan kepada hadith Ubadah bin Shamit yang sahih dan masyhur berikut ini:
Jadi mesej nasihat dari hadith tersebut, aku tulis semula ke bentuk yang mudah iaitu,
Kepada mereka yang telah berjanji (untuk tidak berbuat maksiat) --> terdapat 3 kemungkinan kesudahan yang akan terjadi kepada mereka..
Sementara itu, pada aliran fikiran yang lain..
9.11.2019 - Kebetulan jumpa ayat Al-Quran yang aku rasa menyampaikan mesej yang sama
--- Blog Mula di Sini ---
Bismillah, teringat aku akan satu sepotong hadith yang aku jumpa tak lama juga..
Peristiwa pencetus bagi penulisan ini ialah..
"SUMPAH LEPAS INI TAK NAK BUAT LAGI..!!"
"SAYA JANJI TAK NAK BUAT SALAH LAGI.."
"TOLONGLAH JANGAN HUKUM SAYA, SAYA LEPAS INI AKAN JADI BAIK.."Ayat-ayat tersebut ialah antara kata-kata janji manis yang sering diungkapkan (sebagai usaha jalan keluar dari musibat yang sedang berlaku..).
Dalam al-Quran juga dijelaskan situasi yang sama berlaku melibatkan antara hamba & Tuhan (aku pasti sangat banyak ayat-ayat, cuma aku lupa ayat yang mana),
"Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (Al-Isra' 17:67)..dan semestinya sesama hamba (manusia) lagi banyak babak & senario yang sama..
"Jangan denda saya, saya janji tak nak buat lagi.."Maka tercetusnya persoalan dalam diri kalau-kalau terdapat dalil menceritakan situasi yang sebegini.
Dan sungguh menakjubkan aku terjumpa hadith berikut; Maka saja aku kongsikan di sini, agar senang nak rujuk semula apa bila sampai masa yang diperlukan..
(Nota - sukanya aku highlight beberapa rangkap hadith sebagai terjemahan frasa dengan frasa.)
---sumber rujukan riska julianti - berkurangnya iman islam ---
Serta didasarkan kepada hadith Ubadah bin Shamit yang sahih dan masyhur berikut ini:
أَنَّهُمْ بَايَعُوهُ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَنْ لَا يَسْرِقُوا وَلَا يَزْنُوا ، وَلَا يَعْصُوا إِلَى آخِره . ثُمَّ قَالَ لَهُمْ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " فَمَنْ وَفَّى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّه ، وَمَنْ فَعَلَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَته ، وَمَنْ فَعَلَ وَلَمْ يُعَاقَب فَهُوَ إِلَى اللَّه تَعَالَى إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ ، وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ
Maksud :
Mereka berbaiat kepada Rasulullah s.a.w bahawa mereka tidak akan mencuri, tidak akan zina, tidak akan berbuat maksiat dan seterusnya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda : Barang siapa di antara kalian memenuhi janji ini, maka pahalanya diserahkan kepada Allah dan barang siapa melakukan perbuatan tadi, kemudian diseksa di dunia maka seksaan itu kifarat baginya, dan barang siapa melakukan perbuatan tadi dan tidak diseksa maka keputusannya diserahkan kepada Allah, jika Allah menghendaki maka akan mengampuninya, dan jika Allah menghendaki maka Allah akan menyeksanya.
--- salin tampal tamat ---
Jadi mesej nasihat dari hadith tersebut, aku tulis semula ke bentuk yang mudah iaitu,
Kepada mereka yang telah berjanji (untuk tidak berbuat maksiat) --> terdapat 3 kemungkinan kesudahan yang akan terjadi kepada mereka..
- Jika benar janjinya (iaitu ditunaikan seperti mana kata-kata janji), maka pahala menunaikan janji tersebut diserahkan kepada Allah (agar diberi ganjaran pahala) [KESUDAHAN #1]
- Allah balas secara langsung azab di dunia, maka azab tersebut adalah kifarah bagi dosanya. Dosa dihapuskan, dan di akhirat tak kena seksaan lagi disebabkan dosa tersebut [KESUDAHAN #2]
- Allah simpan azab tersebut hingga akhirat. Namun di akhirat nanti Allah berhak untuk memilih sama ada Allah ampunkan (dengan syarat misteri), atau Allah seksa sehabis-habisnya.. [KESUDAHAN #3]
"Persoalannya, adakah kita sanggup untuk mengambil risiko / peluang dalam janji sebegini?? Sangat sambil lewa dalam kata-kata.."Tambahan 9.11.2019 - Ketika sesi baca Al-Quran bersama, kami sampai ke surah Al-Ahzab yang mana terdapat ayatnya menyampaikan mesej nasihat yang sama. Jom tengok..
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzaab 33:23)
(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 33:24)Berdasarkan ayat tersebut KESUDAHAN #1 memang logik dan jelas nyata la halnya. Cuma KESUDAHAN #2 & KESUDAHAN #3 agak samar & tak dinyatakan secara jelas. Mungkin Allah seksa di dunia lalu diampunkan dosa sebagai kifarah.. Atau Allah simpan di akhirat saja..
Sementara itu, pada aliran fikiran yang lain..
- Terdapat satu lagi hadith tentang hamba Allah yang seringkali berulang-ulang buat salah tapi bertaubat tapi ulang lagi (tapi aku tak jumpa pula, nanti kemas kini atau tulis baru)
- Sebut tentang taubat, maka semestinya "Taubat Nasuha" perlu dititikberatkan.. Kena ulangkaji semula..
Ulasan