[JomBaca] 7 Formula Individu Cemerlang Di Bawah Suluhan Al-Quran & Sunnah
Alamak, bahagian JomBaca untuk tahun ini sedikit ketinggalan. Maaf sebab leka dengan perkara lain. Tapi aku masih tetap dengan sasaran 1 buku sebulan. Cuma lepas ini kena laju sikit. JOM BACA!
Buku ke-5 tahun ini (2019) ialah;
Buku ke-5 tahun ini (2019) ialah;
7 Formula Individu Cemerlang di bawah Suluhan Al-Quran & Sunnah - Rahsia Cemerlang Individu Terbilang Zaman-berzaman
Penulis : Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
"Panel Tetap Rancangan TV Halaqah dan Penulis Buku-buku Bestseller termasuk Qur'an Saintifik"
Terbitan: PTS
Bilangan halaman : 305
Ia juga menonjolkan kelainan berbanding buku-buku motivasi yang lain. Antaranya adalah dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai sumber rujukan utama. Ini kemudiannya disesuaikan dengan konteks semasa. Setiap formula pula dikupas secara teratur dengan bukti dan sokongan daripada pakar-pakar.
Sebuah buku yang wajib dibaca oleh setiap daripada kita
--- Deskripsi (kulit buku belakang) ---
Pernahkah kita terfikir bagaimana masyarakat Arab yang jahil dapat berubah menjadi bangsa yang hebat sehingga mampu menguasai hampir seluruh pelusuk dunia?
Bagaimana mereka berjaya mencapai kegemilangan itu dalam tempoh yang singkat?
Apakah faktor yang mendorong mereka berubah dan berjaya?
Apakah formula kecemerlangan mereka?7 Formula individu cemerlang mempunyai jawapannya. Ia menjelaskan secara lengkap dan terperinci formula-formula motivasi terunggul sepanjang zaman. Formula yang berjaya melahirkan individu cemerlang yang seterusnya menjadi pemangkin kemunculan masyarakat dan negara yang terbilang
Ia juga menonjolkan kelainan berbanding buku-buku motivasi yang lain. Antaranya adalah dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai sumber rujukan utama. Ini kemudiannya disesuaikan dengan konteks semasa. Setiap formula pula dikupas secara teratur dengan bukti dan sokongan daripada pakar-pakar.
Sebuah buku yang wajib dibaca oleh setiap daripada kita
--- Komen (peribadi) ---
ساله ساتو بوکو موتيۏاسي يڠ ساڠت مناريک. ڤد مولاڽ اکو ايڠتکن سکدر بوکو موتيۏاسي يڠ تيڤيکل، نامون بوکو اين ساڠت منرڤکن دليل٢ القرءان ، الحديث سرتا حکمة يڠ ڤادت. بتول٢ مموڤوق موتيۏاسي ديري سچارا برکسن. بوکو اين مستي دباچ براولڠکالي. جوݢ ممڤوڽاءي روجوکن بوکو٢ بارت
٧ فورمولا اينديۏيدو چمرلڠ سچارا ريڠکسڽ اداله
١) مڠنلي کهيبتن دان ڤوتينسي ديري
٢) ملدقکن تقوى
٣) ملونجککن علمو
٤) هيدوڤ برمتلامت دان برواوسن
٥) ممليهارا امانه
٦) برفيکيرن ڤوسيتيف
٧) مڽنتوني مأنسى
--- Sedikit perkongsian salah satu isi menarik dalam buku (ms 213) ---
Apabila anak Lukman bertanyakan kepada Lukmanul Hakim,
"Wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik, apakah perkara paling asas yang perlu dimiliknya?
Jawab Lukman, "Agama"
Si anak bertanya lagi, "Jika dua perkara?"
Beliau menjawab, "Agama dan harta"
"Jika tiga perkara?"
Jawabnya, "Agama, harta & malu."
Jika empat perkara?"
Berkata Lukman, "Agama, harta, malu & akhlak yang mulia."
Jika lima perkara?"
Jawabnya, "Agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah"
Jika enam perkara?"
Jawab Lukman, "Wahai anakku, jika kelima-lima perkara ini berhimpun dalam seseorang, orang itu adalah insan yang bersih lagi bertaqwa. Allah memeliharanya dan beliau terselamat dari hasutan syaitan."
Markah (peribadi) : 5/5
"Ada nilai 'ulang semula' (repeat-value) yang sangat kuat. Insya-allah akan kembali baca buku ini lagi berkali-kali.."
--- Tamat ---
JOM BACA buku yang lain <-- Tengok sini untuk senarai buku yang lain
Ulasan