Modul Ramadhan Juzuk Amma' (Akhir)

Bismillah..
Mengakhiri Ramadhan 1440H.. Alhamdulillah, aku diberikan kesempatan mengharunginya dari mula sampai akhir.

Pada awal Ramadhan terbaru ni aku ada sebut tentang latihan Juzuk Amma', ingat lagi tak?
(semak entri Modul Ramadhan Juzuk Amma' (mula))
انتارا عزم اكو تاهون اين اياله مڠحافظ القرءان, دمولاءي جزء عم (30) . بتاڤ اكو براس مالوڽ سبب عمور سوده سماكين توا, تتاڤي ماسيه تق حافظ  لاݢي
ڤد كسمڤتن رمضان كالي اين, اكو نق چوبا مڠاسه ايڠتن دان كفاسيهن دالم ممباچ سورة٢ جزء عم. سموݢا ڤد اخير بولن رمضان اين اكو داڤت مڠواساءي خافظن سورة٢ ترسبوت. ڤاليڠ تيدق ڤون, سموݢا ليده اكو لبيه فيسه اونتوق ممباچڽ (سوڤاي اوسها مڠحافظ لبيه موده سبب ده سلالو باچ). ه
Selari dengan azam tahun 2019 aku, aku nampak satu peluang untuk menambah amalan (ibadah) dalam Ramadhan berorientasikan surah-surah dalam Juzuk Amma.

TUGASAN - pada setiap hari dalam bulan Ramadhan, baca kesemua surah-surah yang terdapat dalam juzuk 30 Al-Quran, sama ada melalui solat, tilawah, hafazan atau bacaan zikir harian (contoh tahlil/mathurat dll)..

Jadi aku nak kongsikan hasil latihan ini seperti rajah berikut



Alhamdulillah, Allah bantu aku tetap & kuat semangat melaksanakan modul latihan ini, di samping ibadah ramadhan yang lain. Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan;

  • Proaktif mendirikan solat sunat (contoh tahiyatul masjid, rawatib, qiam, tarawikh, witir) dengan bacaan surah yang berbeza.. 
  • Kreatif curi-curi masa baca surah dalam aktiviti harian. Misalnya tengah naik motor (atau memandu) berhenti di lampu isyarat.. 
"Jangan kalah pada nafsu amarah sendiri nak hempok-hempok cermin kereta orang lain di jalan raya.. Mungkin lebih baik tingkatkan amalan.."
  • Hafaz surah baru ^-^! alang-alang dah baca surah tersebut setiap hari..
Alhamdulillah. Aku nampak satu hasil yang baik. Mungkin boleh dijadikan contoh pada masa akan datang pula. Insya-Allah..
موڠکين ترداڤت سبيلڠن يڠ ممڤرسوألکن تنتڠ عبادة رمضان يڠ لاءين (سڤرتي تدبر القرءان، صدقة دان سباݢايڽ) مک ايذينکن اکو ممبلس بهاوا اکو برستوجو اونتوق دأجق بربينچڠ برسام تنتڠ ڤريستاسي ماسيڠ٢ کالاو ماهو..جوم؟

Sementara itu, sebagai muhasabah diri..
اڤ ڤولا يڠ اکن برلاکو سلڤس تامت رمضان؟ باݢايمان اکو نق ککلکن عملن يڠ باءيق اين؟ هم..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)