Cebisan Kenangan (Bilik 17)

Dah lama aku tinggalkan alam persekolahan. Bagi aku kehidupan persekolahan yang paling bermakna ialah ketika tingkatan 1-3. Sebab masa ini aku baru nak belajar tentang asrama, dan secara umumnya banyak peristiwa yang membentuk kehidupan aku pada dewasa ini (baca karangan Rutin Asrama Yang Ingin Aku Kekalkan)
 اکو بلاجر د سکوله منڠه کبڠساءن سݢمبوت جاي ڤد تاهون ٢٠٠١. يڠ باݢوسڽ بيليک اسراما اکو ڤد ماس ايت ترديدي درڤد ڤلاجر سبايا. جادي والاوڤون اد يڠ تق سام کلس، تاڤي مريک منچتوس اکو اونتوق برکنلن دڠن سموا يڠ سبايا [مثلڽ اکو تق ڤرنه سکلس دڠن اليف، تاڤي اکو کنل اليف سباݢاي کاون سبيليک. جادي سسياڤ کاون کلس اليف دتڠ جومڤاڽ اکو امبيل تاهو. جادي سچارا تق لڠسوڠ اکو کنل داي جوݢ
Apa-apa pun, penulisan kali ni, sekadar cebisan kenangan aku bersama kawan sebilik (Bilik 17) sepanjang belajar di sekolah tersebut (2001-2003)


#1 M Fidaus Muhammad (Firdaus)
- Antara kawan sekolah jangka-panjang (2001-2005 sebab dia ikut sama masuk SBPI Rawang).
- Rakan sekelas 1A3, 2A1, 3A1*, 4JM* (*geng sebelah meja)
- jenis yang budget Macho / handsome.
- suka dan pandai main bola.
- selalu minta aku ajar subjek matematik dan bahasa inggeris
- pernah lukis komik masa di Segambut (tingkatan 2 kalau tak silap) - teknik komik ada pengaruh Dragon Ball sikit (Watak utama rupa macam trunks, penjahat ada rupa macam cell, lawan-lawan melibatkan kuasa gelombang ^-^!)
کوميکڽ ادله دري جنيس اکسي/فنتاسي - برکيسر تنتڠ ٢ اورڠ ڤمودا يڠ برݢورو دڠن ڤرويرا. سلڤس تامت برݢورو، مريک برڤيسه اراه. ساله ساورڠ ڤمودا اداله هيرو مڠݢوناکن علمو اونتوق منݢقکن کعاديلن. سڤنجڠ ڤرجواڠنڽ ترداڤت راماي موسوه . ڤوتر ڤلوت روڤاڽ دالڠ سبنر اداله کاون کتيک ڤرݢوروانڽ دولو.
- Jenis buat lawak juga
- Ekslusif komik Wanted!:
واتق فرداوس ميمڠ ده درنچڠ دالم کوميک ترسبوت. نامون ڤنمڤيلنڽ تق بݢيتو باڽق سبب اکو نق سيمڤن اونتوق تاهون 4 اتاو 5 ننتي (کالاو اد له). ايڤيصود خاص واتق فرداوس اياله برکناءن قيصة هنتو لاوق داي (31) دان جوݢ قيصة بولا (42-53).هوهو
#2 M Aliff Md Latiff (Aliff)
- Tak pernah rakan sekelas.
- Kalau main bola, Alif selalu jadi penjaga gol
- AJK Perubatan bilik - dulu kalau ada siapa-siapa cedera, dia ni la yang selalu uruskan.
- AJK Koperasi sekolah - Aku, Alif dan Bahi (bilik 9) adalah AJK koperasi sekolah. Kenangan ini memang jelas dan segar dalam ingatan. Maka senangnya aku terapkan watak aliff dalam komik aku
بربکلکن معلومات ترسبوت، مک دڠن سنڠڽ اکو نق ترڤکن واتق اليف دالم کوميک اکو
#3-1 (lama) Ghazi
- Kawan yang ini hanya jangka pendek, sebab seminggu dua lepas aku masuk, dia dah berpindah ke sekolah lain
- Antara yang berpegang kepada prinsip keluarga berbanding kawan. Jadi agak tegas dengan kawan-kawan
"Mak aku kata jangan baik sangat dengan kawan. Tak semua kawan boleh dipercayai.." 
#3-2 (baru) M Syafiq Iskandar (Is)
- Masuk sekolah lambat dari aku.
- Tak pernah sama kelas dengan dia
- Dia ada buku astronomi dan tentang bintang/buruj.
"Dalam komik Wanted ada satu episod tribut khas tentang minat Is dengan ilmu buruj ini (episod 063)"
- Masa musim PMR, dia masuk hospital sebab penyakit appendicitis. Jadi masa PMR, dikatakan dia ambil peperiksaan di hospital
"Juga disebut dalam komik Wanted! Episod 093"
#4 M Rifqi Rahim (Ekey)
- Rakan sekelas aku 1A3, 2A1, 3A1 (tapi duduk jauh-jauh)
- Budak tahun lompat PTS. Atas faktor tersebut, aku ada niat bersaing kuat dan tak nak kalah dengan dia.
- Sama-sama minat matematik, catur, video game (Pokemon), dan juga kami jenis pasif (tak aktif bersukan sangat), jadi selalu lepak dan sembang bersama kalau orang lain pergi main bola.
- Minat Catur. Sejak tingkatan 1 lagi, dia asyik ajak aku main catur (kalau boleh ikut dia masuk pertandingan), tapi aku selalu mengelak sebab takut kalah. Akhirnya aku mengalah dan ikut saja dia main masa tingkatan 3.
- walaupun dah berpisah tingkatan 4, sekali-sekala dia ajak aku masuk pertandingan catur / main gameboy pokemon (dia main versi Sapphire, aku main versi Ruby)
- antara kawan jangka panjang yang terus berhubung walaupun masuk dunia universiti

#5 Luqman Kamarul Bahrin (Locke / Luq)
- Rakan sekelas 1A3
- Jiran katil sebelah (katil atas)
- Jenis rambut flat-top (macam Guile Street Fighter) kebanyakan masa
"Jadi senangnya aku nak gambarkan watak Locke ini berbanding kawan-kawan lain.."
- Dia masuk nasyid sekolah sebagai pemain percussion.




#6 M Asyraf Abdul Wahab (Acap)
- Antara kawan terawal aku.
- Rakan sekelas 1A3 (geng meja sebelah)
- Aku hormat dia sebagai watak yang matang antara kami semua. Kalau berlaku apa-apa perbalahan, dia antara orang yang rasional dan tenangkan semua orang.
Teringat dulu, masa tingkatan 1, cikgu Harfanizah (guru BM) merajuk dan membebel bawa turun semua orang tengok kat gelanggang badminton, cikgu tanya aku dulu nak cakap apa.. tapi aku tak tau (masa ni aku tak faham sangat dan blurr-blurr tujuan cikgu) ^-^! tapi Asyraf dengan machonya tampil dan memohon maaf atas apa yang berlaku.. (dah dikomikkan dalam Wanted Memories WM003)

 

#7 ni nombor katil aku.

#8 M Syazwan Md Nor
- Jiran katil bawah (aku katil atas)
- Semulajadinya kawan aku yang terawal sejak masuk Segambut dan menjadi rujukan dalam pelbagai aktiviti
- Kawan sekelas 1A3 (geng meja sebelah), 3A1
- Aktif KRS
- Berkepemimpinan
- Petah dalam berbahasa inggeris berbanding kami semua (bilik 17). Ada quicktionary canggih
- Seorang yang berkaliber dan berkepimpinan, namun terdapat sebilangan kawan tak begitu ngam dengan dia..
- Pelajar harapan sekolah 2003
- Pesaing ketat
- Pandai matematik & inggeris
- Suka komik detektif (Detektif Conan, Penyiasat Remaja, Detective Academy Q)
Dia suka komik detektif juga macam aku; penyiasat remaja, detektif Q (masa ini detektif conan baru nak berkembang jadi aku tak jumpa perbandingan yang sesuai). Jadi aku selalu menggambarkan dia sebagai watak Akechi (penyiasat remaja), Amakusa Ryu (Detective Q) iaitu pesaing ketat watak utama komik  
#9 M Faiz Nasir (Acheh)
- rakan sekelas 1A3
- dia sangat rajin bersihkan (sapu) bilik
- dia sangat rapat dengan Rifqi atau Hazwan atau Abam.
- pernah dia hilang dompet dulu di bilik kami.. Aku ada dengar-dengar junior yang ambil, tapi tak tahu siapa
"Aku terapkan kes kehilangan ini dalam Wanted! Episod 029"
- dulu masa kursus di luar sekolah, aku tak sengaja pakai baju dia (mulanya aku takde baju sesuai sehinggalah zulfahimi tawarkan pergi ambil baju dia kat katil #9-10, aku tersalah ambil sepatutnya baju zulfahimi katil bawah, tapi aku jumpa baju kat katil atas, lalu ambil je). Zulfahimi tak komen apa-apa, Faiz ni pun diam je. Sampai la habis kursus baru dia bagitau. Tapi dia redha dan baik je. Terima kasih

#10 (lama) M Tauwfiq Baharom (Topek)
- Rakan sekelas 1A3
- Pindah sekolah masa tingkatan 3
- Kawan aku yang kesian, selalu kena buli dalam batch kami, terutamanya Ekmal dan beberapa orang lain yang besar. sebagai tindakbalas, dia tidak berapa mesra sangat semua orang.
- Tapi aku dan dia, selalunya bersembang pasal game komputer (Pokemon card, Final Fantasy)
- dia ni la yang calonkan aku AJK koperasi (dalam mesyuarat akhir tahun form 2), tak pasal-pasal aku jadi AJK
- jumpa kejap masa pertandingan catur tingkatan 3 (petanding dari sekolah lain)

#10-2 (baru) M Zulfahimy Omar
- masuk Sejaya 2003 (tingkatan 3)
- dia masuk sekolah dengan bertongkat (kaki patah sebab kemalangan motosikal)
- dia setahun lebih tua dari kami semua walaupun sama batch
- dia jadi solo nasyid wakil kelas dengan lagu "sekeping hati dibawa berlari"

#11 M Aizat Syawal
- Dia sangat pandai main badminton. Selalu main badminton dengan Alif
- Dia masuk persatuan Silat Helang Putih
- dulu sebelum aku kenal junior Nazham (kisah aku tingkatan 3), junior tersebut rapat dengan dia dulu (tapi beralih kepada aku pula sejak peristiwa air milo)

#12 Wan Muhd Naqiuddin Wan Bukhari (Abam)
- Rakan sekelas 1A3, 2A1, 3A1
- Dia ni ada trademark braces (gigi besi) tapi aku tak tunjuk dalam komik ini (tak pandai nak lukis gigi besi + malas).
- Pandai dan suka main bola.
دالم کوميک اکو، اکو (ڤنوليس) اڠݢڤ واتق ابم سباݢاي ڤڠݢنتي واتق سيد. سلالوڽ کالاو سيد تق داڤت نق باوا چريتا، ابم اکن امبيل اليه. مثلڽ قيصه بولا.
- Spot katil lepak terbaik sebab lokasi kat sudut bilik. Aku selalu lepak katil dia sembang malam dengan Bob & Abam tentang gossip sekolah sebelum tidur. (Kadang-kadang orang lain ikut sembang juga). Sembang sampai mengantuk, lepas tu masing-masing balik katil sendiri
-  Selalu tumpang tidur katil (masa ni Abam tidur kat mana eh? Kesian pulak)

#13 M Ekmal Abdyllah Ednan
- Rakan sekelas 1A3
- Pernah marah aku sebab pakai kasut dalam bilik (baik, ni memang salah aku kononnya nak simpan kasut dalam loker takut hilang)
- Pernah gaduh besar dengan locke
- Pernah ada orang sabotaj loker dia (seperti mana dalam komik wanted! Episod 025) Sampai sekarang aku tak tahu siapa pesalah dia..
- Pandai main bola

#14 M Farhan Mustapha (Bob)
- Ketua bilik 17
- Rakan sekelas 1A3
- Ketua batch sebab badan besar dan nampak bertanggungjawab ^-^!
- Geng sembang sebelum tidur
- Pernah tegur aku sebab aku tulis nama jawi kat buku tulis (subjek pendidikan islam/ arab) jadi aku pun tulislah nama rumi juga..
- Ada abang (senior) di Sejaya juga
- Pandai main bola
- Pandai main bola baling (wakil sekolah)


#15-1 (lama) M Fikril Farid

- Ada dalam 3-4 bulan je lepas tu pindah.
- Dia rapat dengan hazwan / Faiz
- Pandai. Antara pelajar terbaik top 5
"Aku rasa kalau Fikril kekal di Sejaya, semestinya dia salah seorang pesaing yang susah nak lawan >_<!"
#15-2 (baru) M Ifwat (Ajed)
- Masuk sejaya lewat
- Dengarnya pernah tinggal di jeddah (belajar sana?) jadi orang ramai sangkanya sangat pandai arab.
- Sedikit pendiam


#16 Ahmad Zulhusni Abdollah (Apon / Zul)

- Tak pernah sekelas ^-^!
- Budak tahun lompat PTS juga.
- Jenis outspoken juga dan rancak membalas sesama roommate yang lain
- selalu belanja nasi lemak (mak dia bawa ketika datang melawat)
- suka tidur ^-^!


#17 M Soiful Anuar (Wak)

- Tak pernah sekelas
- Berasal dari Jengka Pahang, jadi selalunya dia tak balik bermalam pun. kesian pula
"Mak aku pernah suruh aku ajak datang bermalam kat rumah aku ^-^! tapi aku tak ajak sebab faktor ayah.."
- Anak buah ketua warden asrama (ustaz Azman). Jadi sekali-sekala dia akan pergi ke rumah pakcik ini ketika orang sedang bercuti

#18 M Hazwan Razalan
- Rakan sekelas 1A3
- Penolong ketua bilik 17
- Pandai main bola
- Rapat dengan Faiz (Acheh)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)