Modul Ramadhan Juzuk Amma' (Mula)

Ramadhan kembali lagi. Tahun Hijrah 1440H. Ahlan wa sahlan..
"Macam biasa, pada permulaan bulan puasa, ramai orang semangat berkobar-kobar untuk memperbanyak amal ibadah sepanjang bulan ramadhan sebab nak kejar pahala banyak-banyak.. Dan aku juga tak terkecuali, turut berusaha untuk memperbanyak amal ibadah.. 
Alhamdulillah, di media internet terdapat usaha dari pelbagai pihak & organisasi menyenaraikan antara amal-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan supaya jemaah mudah untuk capai pahala tersebut.


Kalau dulu, aku juga turut menyertai untuk tulis dalam borang senarai semak tersebut (boleh tengok aku pernah post epilog ramadhan 1434H & menjelang syawal 1435H), tapi tahun ini ada sedikit kelainan iaitu aku menyusun (customize) template sendiri menggunakan Microsoft Excel dengan fokus khusus bersempena Azam tahun 2019 ini..

انتارا عزم اكو تاهون اين اياله مڠحافظ القرءان, دمولاءي جزء عم (30) . بتاڤ اكو براس مالوڽ سبب عمور سوده سماكين توا, تتاڤي ماسيه تق حافظ  لاݢي
ڤد كسمڤتن رمضان كالي اين, اكو نق چوبا مڠاسه ايڠتن دان كفاسيهن دالم ممباچ سورة٢ جزء عم. سموݢا ڤد اخير بولن رمضان اين اكو داڤت مڠواساءي خافظن سورة٢ ترسبوت. ڤاليڠ تيدق ڤون, سموݢا ليده اكو لبيه فيسه اونتوق ممباچڽ (سوڤاي اوسها مڠحافظ لبيه موده سبب ده سلالو باچ). ه

Oleh itu, aku memperkenalkan modul latihan Juzuk Amma (reka sendiri ^-^!)

Fokus - Modul Ramadhan Juzuk Amma

Jadi terdapat sebanyak 37 Surah yang terkandung dalam juzuk 30 ini. Tugasan sendiri buat ialah baca kesemua surah tersebut dalam sehari. Dan pembacaan ini dilakukan lagi setiap hari sehingga tamat Ramadhan.

Dalam perlaksanaan

Takkan asyik-asyik nak baca surah sama kot?! Ayuh!
Untuk memudahkan, boleh terapkan bacaan surah ke dalam solat fardhu / sunat.
  • Misalnya dalam solat fardhu 5 kali sehari, kita baca surah pilihan 2 rakaat pertama (5 x 2 = 10 surah). Ambillah surah-surah yang berbeza setiap kali solat.
  • Ada baki (37-10 =) 27 surah lagi? Boleh diterapkan dalam solat sunat pula. Cari kesempatan buat solat sunat (eg. Dhuha / Hajat / Taubat /  Tahiyatul Masjid / Rawatib Qabliah-Ba'diah  / Tarawikh / Witir / Tahajud dll). Banyak peluang sebenarnya..
  • Kalau tak rajin fizikal, sekadar ulangkaji tilawah/Tadarus sahaja surah pada kesempatan di luar solat (tunggu bas, tengah memandu jalan sesak) "  
Setakat 5 hari Ramadhan yang pertama ini, menariknya secara psikologinya, aku tak rasa berat nak laksanakan pelbagai solat sunat. Paling ketara masa nak kena solat witir (sebelum ini memang malas kena tambah 3 rakaat pula selain tarawikh ^-^!)

Namun, sejak dalam latihan ini, aku nampak solat witir sebagai kesempatan untuk baca surah-surah tertentu (untuk pengetahuan Solat Witir digalakkan baca surah Al-A'ala, Surah Al-Kaafiruun, Surah Al-Ikhlaas, Surah Al-Falaq, Surah An-Naas).  Jadi dah cakup (cover) 5 surah sambil buat solat sunat sekali gus.. Dan tentulah, perasaan yang sama timbut ketika solat sunat yang lain..

Sebagai akhir kata, aku sedar dan akui bahawa setiap orang punya cara masing-masing ingin mencari hadiah TAQWA pada pengakhiran Ramadhan (kalau niat begitulah). Asalkan niat betul untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka terpulanglah. Semoga amal ibadah kita diterima Allah, tambah-tambah bulan Ramadhan ini pahala digandakan lagi..

Wassalam..

--- Jom ulangkaji sikit beberapa karangan terdahulu --
  • Menjelang Ramadhan (1434H) umum tentang perihal puasa termasuklah firman Allah dalam Al-Quran yang mewajibkan puasa..
"Wahai orang-orang yang beriman!, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah 2:183)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)