Kalau Aku Kaya
Bismillah, kita mulai penulisan ini dengan sesuatu yang bersifat santai. Pertamanya aku nak kongsikan satu lagu karya artis tempatan. Aku rasa ramai tahu lagu ini
Ya, betul ini adalah lagu gandingan Altimet & Awi Rafael bertajuk "Kalau Aku Kaya:. Jadi fokus penulisan kali ini ialah:
Fokus : Kalau aku kaya
[Nota awal - karangan ini bukanlah bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak..]aku agak meminati artis Altimet sebab banyak lagunya mempunyai mesej nasihat tersurat dan tersirat, misalnya Bangkit, Bunga, Amboi dll]
#1 Fitrah manusia itu sebenarnya bersifat tamak [jom klik pautan ini untuk bacaan menarik --> [Artikel oleh Al-Manhaj] Manusia Sangat Tamak dan Rakus]. Aku salin tampal dari laman web tersebut.
Ada satu hadith yang popular berkenaan sifat tamak manusia.
Ada satu hadith aku baru belajar dan ingin kongsikan dalam entri blog ini. Juga salin tampal dari laman web yang sama.
#2 Firman Allah tentang manusia akan jadi melampau telah pun berlaku pada masa lalu. Contoh kisah yang popular ialah kisah Qarun & Nabi Musa. Aku pernah kongsi kisah ringkas Qarun dalam blog (rujuk entri kaya satu ujian). Tapi untuk kisah penuh boleh rujuk pautan berikut --> [Artikel oleh ICYM] Kekayaan Qarun )
(Aku ada huraikan dalam entri blog tersebut. Jemputlah baca)

موڠكين بنر دالم ستياڤ ديري كيت ڤرنه برايمڤيان كالاوله دبريكن رزقي لبيه نسچاي كيت اكن بربوات عمل كباجيقن دڠن لبيه باڽق لاݢي. نامون بتولكه كيت جوجور دالم ايمڤيان ترسبوت؟Sedang aku menelusuri bacaan al-Kitab, kali ini aku jumpa lagi ayat nasihat dari surah Asy-Syura 42:27 seperti yang berikut. Jom tengok:
"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata." (Surah Asy-Syura 42:27)Kalau sebelum ini aku baca terjemahan sepintas lalu, aku tak perasan pun mesej sebenar ayat ini. Tapi kali ini bila aku baca terjemahan yang disertai dengan ulasan, sokongan hadith, aku semakin faham sedikit demi sedikit. Jadi dalam buku Al-Quran terjemahan yang aku baca, dihuraikan tentang asbabul nuzul (baca: sebab penurunan ayat) ini, berupa hadith..
"Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Tholib bahawasanya ayat ini turun berkenaan dengan Ashab Ash-Shuffah (orang papa kedana yang bertempat di sisi-sisi masjid Rasulullah). Mereka berharap bila Allah menganugerahkan kepada mereka limpahan rezeki, nescaya mereka akan dapat melakukan banyak hal. Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai peringatan bahawa Allah memberikan rezeki sesuai dengan kadar dan ukuran masing-masing dan boleh jadi dengan rezeki tersebut, seseorang akan berbuat zalim dan dosa.."Jadi jom kita muhasabah diri sekali lagi; betulkah apabila kita kaya nanti kita akan lebih banyak berbuat kebaikan (misalnya bersedeqah)? Beberapa perkara perlu dihadamkan bersama..
#1 Fitrah manusia itu sebenarnya bersifat tamak [jom klik pautan ini untuk bacaan menarik --> [Artikel oleh Al-Manhaj] Manusia Sangat Tamak dan Rakus]. Aku salin tampal dari laman web tersebut.
Ada satu hadith yang popular berkenaan sifat tamak manusia.
Daripada ‘Abbas bin Sahl bin Sa’ad, ia berkata, “Saya pernah mendengar Ibnu Zubair dalam khutbahnya di atas mimbar di Mekah berkata:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمََ كَانَ يَقُوْلُ: لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِيَ وَادِيًا مَلْأً مِنْ ذَهَبٍ، أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا، وَلَوْ أُعْطِيَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا، وَلَا يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوْبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ.
Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, ‘Sungguh, seandainya anak Adam diberikan satu lembah yang penuh dengan emas, pasti dia akan ingin memiliki lembah yang kedua, dan jika seandainya dia sudah diberikan yang kedua, pasti dia ingin mempunyai yang ketiga. Tidak ada yang dapat menutup perut anak Adam kecuali tanah, dan Allâh Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.
Ulasan sendiri (jawi)سدڠكن داڤت ساتو لمبه امس ڤون مانسى نق چاري (كومڤول) لمبه يڠ كدوا ڤولا. اݢق٢ مانسى نق بركوڠسي تق امس ترسبوت دڠن اورڠ لاءين؟ جاڠن هارڤ
Ada satu hadith aku baru belajar dan ingin kongsikan dalam entri blog ini. Juga salin tampal dari laman web yang sama.
عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ : مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ
Terjemahannya: Daripada Ka’ab bin Mâlik r.a ia berkata, “Rasûlullâh s.a.w bersabda, “Dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosak dibandingkan dengan sifat tamak manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.”
Ulasan sendiri (jawi)٢ إيكور سريݢالا لاڤر سكاليڤون كالاو سرڠ سكومڤولن كمبيڠ, اي اكن سهيڠݢا كڽڠ دان برلالو ڤرݢي. سمنتارا مانسى تامك سمستيڽ اكن بولوت سموا دان تق نق تيڠݢلكن ساتو ڤونTeringat pula entri blog sendiri "Sifat Tamak"
#2 Firman Allah tentang manusia akan jadi melampau telah pun berlaku pada masa lalu. Contoh kisah yang popular ialah kisah Qarun & Nabi Musa. Aku pernah kongsi kisah ringkas Qarun dalam blog (rujuk entri kaya satu ujian). Tapi untuk kisah penuh boleh rujuk pautan berikut --> [Artikel oleh ICYM] Kekayaan Qarun )
"Qarun bukannya hamba yang ingkar dari mula. Bahkan Qarun ketika miskin dahulunya dia seorang yang hamba soleh dan taat. Tapi segalanya berubah apabila permintaannya agar diberikan kekayaan telah diqabulkan Allah...."#3 (entri blog sendiri) Malaikat Mikail Tidak Ketawa sejak diciptakan Neraka
(Aku ada huraikan dalam entri blog tersebut. Jemputlah baca)
"Ayuh, jom kita bermuhasabah. Dan bersyukurlah dengan apa saja rezeki yang Allah dah takdirkan kepada kita.."
Ulasan