Malaikat Mikail tidak ketawa..

Catatan kemaskini
15.10.2018 - tambahan dali Al-Quran [25:17-18]
29.3.2019 - jumpa lagi dalil Al-Quran tentang manusia kufur ingkar bila ada nikmat [10:88]

--- [Blog mula di sini] ---
Saja ingin aku berkongsi tentang satu perkongsian di laman media Facebook lagi.. Jom tengok balik gambar berikut;


"ڤرنه ترفيكير تق كناڤ ملاءيكت ميكا‌ءيل تيدق ڤرته كتاوا سجق نراك دچيڤتاكن؟ جوم فيكيركن برسام"
Fokus - Malaikat tidak gembira kerana..
Nota - penulisan berikut hanya sekadar andaian semata-mata, tidak dibuktikan melalui mana-mana dalil lagi, lebih kepada sekadar fikrah (idea) sahaja. Kalau ada salah dan silap, mohon ditegur agar tidak menyebarkan fahaman yang salah kepada ramai..

Pertamanya, jom kita kenal semula siapa Malaikat Mikail. Malaikat Mikail adalah salah satu daripada 10 nama malaikat yang wajib diimani.
  • Malaikat Mikail bertugas untuk memberi rezeki kepada semua makhluk ciptaan Allah; baik manusia mahupun haiwan & tumbuhan, baik muslim atau bukan muslim, baik mukmin atau bukan mukmin..
Jadi boleh dikatakan Malaikat Mikail adalah malaikat pemberi. dia akan berikan pelbagai bentuk kurniaan kepada semua dengan izin dan kehendak Allah. Menjadi malaikat pemberi, pada idealnya dan sepatutnya berasa seronok la bila tengok penerima bergembira mendapat kurniaan (dengan izin Allah). 
bayangkan perasaan itu sebagai pemberi
أنالوݢي مودهڽ إياله: سيتواسي إيبو ياڤ بليكن ڤرماءينن كݢمرن إونتوق إنق٢. إڤبيلا مليهتكن إنق٢ ملومڤت كݢمبيراءن منريما ڤمبريان إيبو باڤ, إيبو باڤ براس تربالس سݢالا ڤنت للاه يڠ دلالوءي 
Tapi (kalau berdasarkan hadith tadi) hakikatnya pula sebaliknya iaitu Malaikat Mikail tidak tertawa. Hal ini kerana sebenarnya malaikat Mikail sedar akan tugasnya itu, boleh membawa kepada kekufuran makhluk.
"Bagi rezeki berupa turun hujan, terus manusia percaya kepada Dewa Hujan"
"Bagi rezeki berupa selamat dari musibah, diciptakan pelbagai berhala untuk disembah."
"Bagi (rezeki) kaya & berkuasa, terus lupa Allah & kufur.. (tak percaya baca kisah raja Namrud, Qarun, Firaun, Abu Jahal, kisah 2 orang tukang kebun dan lagi kisah isteri nabi Lut, isteri nabi Nuh)
"Bagi (rezeki) kekuatan & kesihatan lebih sikit terus berlagak (misalnya kisah Ujian Nikmat buat 3 Orang Bani Israel)" 
"Bagi (rezeki) kerja senang & aman, jadi bongkak pula & percaya kepada J dan anti-J, serta meremehkan orang" 
"Bagi rezeki berNabikan seorang yang hebat, sesuka hatinya (tanpa pengetahuan) berkata Tuhan ada anak pula.." 
"تيڠوقله براڤ راماي مانسي يڠ جاتوه كڤد ككوفورن أوليه كران رزقي؟"    
Menyedari hakikat ini, mungkin Malaikat Mikail sedar bahawa rezeki yang diberikan kepada manusia banyak menyebabkan mereka kufur & melakukan maksiat semestinya membangkitkan kemurkaan Allah.
"سموا مخلوق چيڤتاءن ترماسوق ملاءيكة ساڠت تاكوتكن كموركاءن الله"
-------------------Surah Maryam 19: 89-93--------------------------

89: Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
90: Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
91: Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, 
92: Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
93 : Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.
------------------------------------------------------------------

Ketakutan ini diperkuat lagi apabila Allah telah pun bersiap-sedia dengan penciptaan neraka sebagai balasan kepada yang ingkar.
"Jadi apa kaitan dengan malaikat Mikail pula? Sedangkan Allah akan mengazab manusia semua disebabkan kekufuran mereka..
Bila difikirkan ada dua kemungkinan pemahaman tentang hadith
1) Malaikat Mikail bersama semua yang lainnya terlalu takutkan keadaan Allah yang sedang murka kepada ciptaannya yang ingkar
2)  Malaikat Mikail risau kerana kesemua punca kekufuran & maksiat tersebut adalah disebabkan dirinya yang memberikan kepada rezeki tersebut.. [jom kita bayangkan analogi yang sama iaitu anak-anak dan ibu bapa tadi]
"أݢقڽ أڤ ڤراساءن إيبو باڤ ڤولا أڤبيلا ڤمبريان كڤد أنق٢ إيت دسالهݢوناكن كجالن كجاهتن؟ چونتوهڽ أنق٢ إيت ݢونا إونتوق ڤوكول أتاو چدراكن أورڠ لاءين ڤولا.. دان سمستيڽ ڤيهق لوار أكن توروت مڽالهكن سي إيبو باڤ جوݢا سبب بريكن كڤد مريك.."
 Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui dan aku tidak mengetahui..

---kemaskini 15.10.2018---
Kebetulan baca-baca aku jumpa satu ayat dalil yang menunjukkan rezeki berupa kemewahan boleh menyebabkan manusia menjadi sesat. Dari surah Al-Furqan 25:17-18 (iaitu dialog antara Allah dengan berhala pada hari Akhirat);

17: Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah yang lain dari Allah, lalu Ia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): "Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan?"

18: Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu, dan menjadilah mereka kaum yang binasa".


Dari ayat tersebut, maka memang benarlah bahawa kemewahan sering menyebabkan manusia lupa kepada Allah

---kemaskini 29.3.2019---
Dan jumpa lagi, satu ayat yang lain dari Al-Qur'an juga iaitu dari Surah Yunus 10:88
"Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)