Zero Time Dilemma [PS Vita]

PSVita akan dihentikan pengeluarannya menjelang tahun 2019 nanti. Sedih & kasihan pula rasanya, dah la senarai game aku di PSVita sangat terhad. Seolah-olah aku tak main sangat konsol ini. Jadi saja-saja aku switch on dan main balik PS Vita dan tengok ada game apa yang boleh main..
"Oh ya, aku melanggan keahlian PS+ (Plus) sejak memiliki PS4. Antara kelebihan menjadi ahli PS+ ini ialah setiap bulan akan ditawarkan paling kurang 2 game digital (download) secara percuma untuk konsol masing-masing PS4, PS3, PSVita. Ada game yang boleh cross over download, tapi ada juga yang tidak.."
Sedangku menelaah tawaran game percuma (bulan September 2018) di PS Store, aku dapati ada tawaran game ini bagi konsol PS Vita. Maka sampai la niat aku untuk download dan main..

Zero Time Dilemma [PS Vita] *ada juga versi PS4 & 3DS
Game ini dari kategori #tragedi & #pembunuhan. Namun segala babak ngeri kematian adalah kejadian di luar skrin. (maksudnya pemain takde la nampak proses betul-betul kematian watak di depan mata ^-^!).
"Mulanya takut juga aku nak main game ini sebab baca sinopsis macam jenis kejadian ngeri.."
Plot - Diperihalkan 9 orang watak telah bangun dan perasan mereka terkurung dalam satu tahanan dan dipaksa bermain satu permainan merbahaya yang dipanggil Decision game. Dalam permainan ini, mereka akan diwakili oleh ketua perlu membuat pilihan, yang mana keputusan yang dibuat akan mempengaruhi nyawa watak-watak yang terlibat. Jadi bergantung kepada pemain yang akan memilih bagi pihak mereka.

Pada setiap sesi permainan, watak-watak dipengsankan melalui ubat bius dan diasingkan secara bertiga-tiga dan terus bermain game sehinggalah 6 orang mati barulah 6 kata kunci untuk lepaskan diri akan diberitahu..

Game ini bertemakan survival vs humanity. Yang mana selalunya pilihan yang diberi boleh menjanjikan kebebasan diri, tapi akan mengorbankan orang lain..
"جادي أندا نق منجادي ڤما‌ءين يڠ باݢايمان؟ أداكه ڤنتيڠكن كسلامتن ديري سمات٢ اتاو سڠݢوڤ بركوربان؟" 
Gameplay - Pemain akan memilih salah satu daripada 3 kumpulan (setiap satu kumpulan ada 3 orang yang sudah ditetapkan wataknya). Kemudian, pemain akan memilih senario/ babak yang akan dihadapi. Pemain bebas untuk pilih kumpulan mana & babak yang mana, tapi berikutan la (ada babak baru yang akan unlocked apabila setelah selesai babak tertentu) Dalam setiap senario selalunya terbahagi kepada 2 bahagian gameplay;

(1) "Seek A Way Out"- berupa puzzle-style escape room. Kisahnya watak akan bangun dan perasan terperangkap dalam bilik tertentu. Kemudian, berbekalkan maklumat & peralatan yang terdapat dalam bilik, pemain perlu perlu bantu watak mencari jalan keluar (eg. cari peralatan yang sesuai, seleasaikan puzzle, susun barang dll).
"Puzzlenya boleh tahan susah juga dan perlukan IQ tinggi juga. Watak-watak akan bagi pembayang juga kalau maklumat dah cukup untuk selesaikan masalah (tapi pemain sendiri yang akan bertindak & fikir). Memang kena tulis memo sikit-sikit setiap kali.."
Explore - watak akan komen (bagi hint penting) tentang apa yang perlu dicari 
Puzzle - tafsirkan nombor 1-12 bagi simbol-simbol berdasarkan pembayang ni. Jawapan perlu diberi dalam satu adegan nanti
(2) Decision game. Bahagian ini dijadikan sebagai penutup sesuatu babak/chapter, yang mana pihak jahat akan memberi pilihan kepada watak. Selalunya pilihan ini melibatkan nyawa watak itu sendiri atau orang lain.. Kadang-kadang ada pilihan yang jelas & logik senang.. Tapi ada juga pilihan hidup mati yang betul-betul mengelirukan.. Jom tengok contoh ni dan cuba fikir-fikirkan..


Nota - jawapannya tak tetap (berubah-ubah setiap kali main episod ini) Jadi hafal jawapan bukan caranya. Yang penting kena faham konsep (hint - Monty Hall)..
"Apa benda Monty Hall Problem ini..? Dah main game ini barulah sampai niat untuk ambil tahu.. (P/S aku tak tau konsep tersebut jadi memang salah & kalah la masa percubaan pertama ^-^!). Tapi memang mengasah minda juga la.."
Terdapat juga carta aliran untuk memberi gambaran garis-masa mengikut pilihan masing-masing. Pemain bebas untuk kembali semula ke babak yang sama dan membuat pilihan yang berbeza untuk dapat perkembangan yang berbeza pula.. (Oh ya, boleh percepat dialog watak kalau bosan nak tengok babak yang berulang)

ada banyak cabang (nasib) jalan cerita. Yang mana satu adalah yang terbaik buat semua??
يڠ مناريقڽ ڤرماءينن إين إياله ڤماءين ڤرلو مڠهاروڠي سموا جالن چريتا ترلبيه دهولو باروله داڤت منمڤوهي جالن چريتا ترباءيق. سببڽ ترداڤت ميستري يڠ هاڽ دداڤتي جاوڤنڽ ڤد جالن چريتا يڠ لاءين سهاج
Secara keseluruhannya aku sangat tertarik dengan game ini sebab:
  • Game ini TIDAK mementingkan pilihan terbaik semata-mata, sebaliknya menggalakkan pemain memilih setiap jawapan dan ambil tau kesudahan akibat pemilihan jawapan tersebut. Terpaksa juga la kena hadapi bad ending. ^-^! huhu..
"Sebab pengalaman watak cerita itu adalah bergantung kepada progress game pemain itu sendiri. Misalnya, walaupun tersalah pilihan yang membawa kepada bad ending. Apabila ulang semula pemilihan cabang, menariknya watak akan ada insight tentang kesilapan lama seolah-olah dah melaluinya. Jadi kisah semakin berputar belit..."  
  • Awalnya jalan cerita nampak melibatkan watak rawak tapi ada pertalian rapat antara watak-watak tertentu di luar jangkaan. (Mungkin sebab aku kali pertama kot tak kenal siapa watak berulang)
  • Game puzzle yang perlukan skill deduksi. Setiap kali menyelesaikan "Seek A Way Out" tanpa rujukan luar memberi satu kepuasan tak terkata tentang pencapaian diri ^-^ increase self esteem. Tak lupa juga, ada "Decision Game" yang kena IQ tinggi (macam Monty Hall Problem tadi). Kalau pandai teka, mesti seronok bila jawapan betul.
  • Ni adalah pendedahan pertama aku main game ini. Setakat main ini, boleh tangkap juga la plot cerita (kena cantumkan maklumat-maklumat sebab game tak bagitahu kronologi yang tepat). Namun timbul ingin tahu tentang kisah latar belakang watak cerita ni. Mungkin ada dalam siri lain..
Jadi selamat mencuba bagi kawan-kawan lain (digalakkan main versi PS4 sebab konsol terkini & sedia ada) Tempoh masa untuk cakupi segala perkara hampir mencecah 24 jam. Babak-babak yang diberikan adalah dalam pecahan berperingkat (tidak berterusan). Jadi pemain boleh agak-agak main satu peringkat saja lepas tu berhenti rehat dan buat aktiviti lain..
"Rupanya game ini adalah bersiri. Judul kali ni adalah yang ketiga dari siri game ini. Nak kena main siri yang lain juga iaitu Zero Escape The Nonary Game. "
------------------------
Dah update page (blog) Game - senarai game recommended aku.. (tapi tak siap penuh lagi)  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)