Kaya satu ujian..

"Syed, dah lama tak jumpa ko! Apa citer sekarang ni??"
"Haah la, M.. Dah lama sangat merantau kat luar sana.. Dah sampai masa aku tinggal di rumah je sekarang ^-^!"
"Oh, bagus la kalau macam tu.. Eh jom la lepak minum sama.. Dah lama tak borak-borak sama.." 
Dengan girang gembiranya aku menerima ajakan si sahabat tersebut. Yelah, walaupun aku ni jenis introvert  ("introvert gets lonely, too - entri introvertdan kurang bersosial, tapi setidaknya aku ingin menghargai kawan lama. Maka aku pun pergilah ke tempat pertemuan dengan harapan banyaknya perkara ingin diborakkan bersama..

Namun, menjelang tiba di tempat tersebut, kelihatan juga si kawan lama ni telah pun tiba. Maka bermulalah sesi berhubung semula.. Namun tak lama kemudian..
"Eh, aku ada nak offer kau sesuatu ni.."
"Heh?? (oh ni rupanya tujuan sebenar perjumpaan ni..)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernah tak alami keadaan sedemikian?  Kawan lama ajak berjumpa rupanya ada tujuan lain.. Setakat yang aku jumpa ni banyak tentang promosi tentang produk business mereka.. Insurans, produk kesihatan, produk kecantikan.. Rupanya nak pancing suruh beli.. Bukan tu je, malah sebenarnya nak diajak jadi rakan kongsi / downline dalam perniagaan tersebut, dengan alasan nak membantu kewangan kita..
"Huh, menarik perangai ni.. menggunakan alasan persahabatan untuk cari keuntungan sendiri.. Agaknya kalau tak disebabkan perniagaan ni rasa-rasa si kawan lama ni sudi tak untuk berhubung dan bersilaturrahim semula?? Boleh nampak tak gaya mereka di situ.."
Sebaliknya aku lebih selesa kalau kawan-kawan lama ni amik masa dulu berkongsi kisah sendiri.. Dan secara beransur-ansur barulah bagitau tentang kerjaya dan side-income sendiri.. Tak la begitu nampak sedang mengejar kekayaan.. Inikan tidak, baru berjumpa beberapa minit terus masuk ke urusan perniagaan rasmi..
"Ala, takkan kau tak nak kaya kot..?? kerja makan gaji, belanja banyak nak kena tanggung.. Aku setakat gaji kau ni buat beli tali pinggang (atau objek random yang lain) je..." - antara provokasi yang cuba ditimbulkan..
 "Kaya?? (i wonder~)"
Fokus - Kekayaan itu ujian Allah (siri 3 tentang kekayaan)
Siri 1 - kaya tapi tak bahagia
Siri 2 - kebendaan bukanlah segalanya

Tentulah, ramai orang inginkan kekayaan. Siapa tak nak?? Namun aku baru sedar bahawa kekayaan itu ujian hebat dari Allah. Dan ramai yang gagal dengan ujian sebegini. Teringatku akan satu kisah nasihat, maka jom kita ikuti satu kisah yang cukup popular..
Qarun seorang hamba Allah yang miskin tapi sangat rajin beribadah kepada Allah. Suatu ketika, Qarun meminta agar Musa a.s berdoa kepada Allah supaya diberikannya kekayaan. Dan permintaan tersebut dikabulkan oleh Allah dan akhirnya Qarun menjadi manusia yang kaya. Namun, kekayaan telah membuatkan Qarun buta (mata hatinya) dan tidak lagi beribadah malah sombong dan bertambah-tambah tamak. Dan akhirnya Allah menurunkan balasan kepada Qarun dengan membenamkannya dan rumahnya ke dalam bumi.. (sinopsis serba ringkas ni sengaja dibuat berdasarkan dari laman web ni --> Kisah Qarun ^-^! tentulah banyak lagi buku dan media lain tentang kisah ni..)
Demikianlah, kisah yang cukup bermakna dan memberi pengajaran dalam kehidupan aku. Tentulah, ramai akan berhujah 'dengan kekayaan yang ada ini akan digunakan untuk membantu ahli keluarga/ mereka yang memerlukan'.. Tapi benarkah begitu.. Sebagaimana kisah Qarun meminta agar diberikan kekayaan kononnya untuk membantu hamba Allah yang lain.. namun, setelah diberi kekayaan dia jadi lupa diri pula..
"Dia (Qarun) berkata : “Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.” Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.
Jadi memang benarlah hebat dan susahnya ujian kekayaan ni. Sedangkan Qarun hamba Allah yang dahulunya sangat rajin beribadah boleh jadi lupa diri, inikan pula aku si hamba Allah yang biasa ni..
"Tanpa sedar, nikmat harta turut buat aku hanya fikirkan diri sendiri dan lupa orang lain.. " entri sedeqah (2) 
 "Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."
Astargfirullah~ semoga diri dan kawan-kawan berusaha memperbaik amalan sendiri v_v mood: muhasabah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)