kalaulah (scene 2)

scene 2...
Hari ni tak semena-mena cubicle jagaan aku dipenuhi pesakit baru (kononnya masuk malam semalam). Maka kenalah aku go through kisah masing-masing dari awal (*kalau ikutkan, kalau pesakit lama.. boleh kata dah hafal kisah mereka dan cuma perlu tambah perkembangan terbaru je tanpa selak-selak banyak, sementara kalau pesakit baru, kena baca kisahnya dari mula pula..). [Mood: tension kejap sebab Consultant nak round jap lagi --> kena cepat habis review semua pesakit sebelum pukul 7 pagi]. Dan ketika review seorang pesakit ni, kisahnya..
"70, with underlying hypertension and history of stroke 7 years ago (completely recovered), since the was well and ADL independent, but currently presented with right side body weakness and slurred speech. So daughter worried that she may had a second stroke, thus has brought her to hospital for check-up.."
^-^! mesti ramai akan tertanya apakah halnya kisah pesakit ni..? Maka di sinilah aku nampak kaitannya dengan kisah peribadi ku sendiri..
"(Arwah) Wan (mak aku) mengidap sakit strok sejak 8 tahun lalu, tapi 2 tahun pertempurannya dengan sakit ni akhirnya arwah kembali ke Rahmatullah.."
Jadi pada saat tersebut, aku sedang menyaksikan satu kemungkinan sekiranya arwah Wan berjaya mengatasi penyakitnya dan pulih sihat seperti sediakala..
"kalaulah Wan masih hidup lagi.."
Fokus A - kalaulah <-- entri suatu masa lalu..

Fokus B - hikmah tersirat di sebalik pemergian Arwah
Pada satu sudut yang berbeza, aku terfikir..
"Kalaulah satu realiti bahawa arwah masih hidup, adakah ia memberi sebarang perbezaan dalam hidupku? (maksudnya adakah aku lebih dapat meluangkan masa dengan arwah..)
Pada suatu masa ketika aku masih lagi denial (ni berkaitan entri defence mechanism to stress) terhadap kehilangan arwah, banyak kali aku mengandaikan sekiranya arwah masih hidup aku akan menjalani kehidupan yang lebih gembira.. Meluangkan lebih banyak masa dan berbakti kepada ibu tercinta ni..

Namun hakikat dengan kerjayaku kini seolah-olah aku telah mengabaikan keluarga. Pergi kerja seawal sebelum subuh, sedangkan balik pula lewat malam hari (ahli keluarga dah tidur). Dan esoknya masuk kerja lagi, jadual sedemikian kian berulang, setidaknya ketika masa HO ni.. Boleh dikatakan walaupun tinggal serumah, tapi jarangnya dapat masa bersama.. Off day pun tak seberapa meluangkan masa di rumah..
Dan kalau diamati adik-beradik aku yang sama-sama menyayangi arwah.. Kini masing-masing dah sibuk menjalani kehidupan masing-masing.. Ada yang kerja offshore lagi, ada yang dah berkeluarga sendiri juga.. Jadi, dalam situasi sekarang ni kalaulah arwah Wan ditakdirkan panjang umur, suatu masa apabila 2nd stroke atau penyakit lain timbul, aku tak pasti kami anak-anak sedia mendampinginya ketika memerlukan..
kalau rindu maka kenang mereka dalam doa.
some other stream of thought..
"Dan aku percaya ibu bapa hanya meminta kasih sayang dan perhatian daripada anak-anaknya. Walaupun sebilangan ibu bapa menginginkan kehidupan yang serba mewah dan senang-lenang, namun aku percaya kebahagiaan yang diimpikan oleh mereka (pada usia tuanya) ialah perhatian dan kasih sayang anak yang bekekalan.."- berbakti kepada ibu bapa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)