HO Arc! Episod 12

Kisah pengalaman bekerja HO yang lalu...
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
Episod 10 : Male medical..
Episod 11 : Female medical

Balik-balik dari cuti konvo, aku diberitahu bahawa asalnya aku akan bertugas di wad geriatrik NW16, tapi rakan sekerjaku dia minta aku tukar dengan dia atas sebab-sebab tertentu. Maka bermulalah episod seterusnya..

Episod 12 - SW21! 1st class challenge (11 Nov - 25 Nov) SW21
Dah mula periphery! Maksudnya jadual kerja rasmi aku seperti mana waktu pejabat (7pagi - 4 petang) setiap hari. Takde cuti mingguan, tapi hari sabtu dan ahad hanya kerja separuh hari sahaja..

Wad ni adalah wad kelas pertama, tapi berkongsi dengan pesakit dari jabatan O&G. Jadi sepatutnya memuatkan sejumlah 24 pesakit namun disebabkan berkongsi ni maka akhirnya jumlah jagaan kami adalah lebih kurang 12 orang je ^-^

Selama 2 minggu di wad ni. Kali ni watak utama HO adalah aku dan Tjinn. Diselia oleh MO Dr. Zu / Dr. Ka dan pakar Dr. S. Suasana bekerja di wad kelas pertama ni tak ubah seperti mana pengalamanku dalam Surgery dulu (rujuk entri manjalitis). Namun, umumnya bekerja di wad ni sangat aman daripada isu acute..
  • Kecuali ada satu masa ni pesakit tiba-tiba collapse di katil dan tak sedar. Susah nak percaya prosedur CPR dilakukan di wad kelas pertama. Kalau ikutkan sepatutnya pesakit yang stabil je akan dihantar ke wad ni. Adoi, syukurlah aku ada kawan Tjin yang sudah berpengalaman uruskan situasi ni.. Tapi kesudahan akhirnya pesakit itu meninggal sebab sakit jantung. Innalillah~"
  • Viva pertama kali juga berlaku ketika episod ni. Aku dan Tjinn sama-sama viva hari ni. Examiner / interviewer kali ni ialah Dr Te / Dr. Mo.. 
"seems like i didn't perform well enough this time.. Well, i shouldn't blame anyone other than me. Adoi~"
Maka berakhirnya 2 minggu aku di wad ni..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)