Retag (2nd)

"Semua salah kau~~" ^-^! aku tak dengar betul perkataan tersebut keluar dari mulut sekelililing, tapi dari jelingan dan bisik-bisik mereka, aku rasa demikianlah mesej yang ingin disampaikan kepadaku
"All i did was asking for help since i can't make it, but you are the one who are selfish this time and now you are blaming me for my fault..?" - status facebook bertarikh 10.3.2014
Apa kisah sebenar di sebalik konflik ni??

Pada malam sebelum berlakunya konflik ni, aku bertugas oncall malam di wad dengue (episod 20) berdua dengan wad denggi. Wad ni aktif sepanjang masa (iaitu kemasukan pesakit adalah setiap hari dan bila-bila masa).

Dan kemudiannya aku dijadualkan kembali bertugas di wad 23 (episod 21) pada keesokan hari sebagai postcall. Masalah timbul apabila aku ditugaskan menjaga cubicle 5 pada paginya. Kalau ikutkan peraturan wad 23, kena siap review cubicle 5 sebelum consultant round pukul 7 (episod 11) tapi memandangkan aku oncall di wad denggi, jadi aku rasa ada sedikit kesulitan untuk aku lakukan tugas tersebut..
"Eh, aku tak boleh (tinggalkan wad denggi ni semata-mata nak kena pergi awal wad 23 untuk review patient) la.. Pertamanya, wad ni ada blood cm semua patient, tentulah aku tak nak bebankan co-worker aku sorang-sorang buat kerja pagi tersebut.. Keduanya, disebabkan wad ni wad aktif, sebaiknya aku standby sampai habis call kot-kot ada admission tak menentu.. Jadi boleh tak kau tolong carikan ganti untuk cover cubicle 5 tu at least hari isnin.. ? Risiko ar tugasan ni.." - pintaku kepada group leader 23
Namun, akhirnya tiada siapa nak ganti.. aku kebetulan pagi tu di wad denggi ada isu di acute cubicle pula. maka tak dapat siap awal untuk datang wad 23 review patient. Kesudahannya, consultant datang sorang-sorang dan mengamuk takde orang jaga sana.. Dan semua HO wad tersebut menanggung akibat bersama-sama.. semua kena re-tag balik (jadual kerja tagging: 7pagi - 10 malam selagi masih tagging) 
"Hey, dude! Kenapa kau buat macam ni? Tak pasal-pasal kitaorang pun kena jugak tau. Tak sangka kau ni selfish gila.."
 "Aku dah cakap aku tak dapat buat kan (disebabkan aku oncall wad denggi)?? Aku minta tolong (apatah lagi merujuk kepada mereka yang offday hari ahad dan dapat cukup rehat --> mereka patut takde masalah untuk tolong tapi) semua tak nak tolong. Siapa yang selfish sekarang ni? In fact, i see some are seniors in the ward but they don't even bother to help pun.. Kalau junior / stranger HO aku faham la jugak.."
Baik, aku sedar dalam hal sebegini kepincangan timbul asalnya daripada aku sendiri, namun aku dah usaha minta tolong awal-awal lagi, namun takde orang nak tolong maka beginilah nasibnya bila semua bertindak pentingkan diri sendiri.. Paling tak tahannya tindakan sebilangan mereka ialah;
"Kenapa dia tak cakap awal-awal?? Kalau bagitau, i dah datang pukul 5.30 lagi tolong cover.." - ayat baik dan prihatin bila depan boss
"Eh, kenapa you ni? Takkan tu pun tak boleh? I dulu boleh je ambik blood cm dan sempat review patient sebelum boss datang.. Apasal you tak boleh pulak??" - alasan belakang-belakang ketika minta tolong.. 
"Namun, jauh dalam diri aku rasa bersalah sebab tidak berjaya minimizekan akibat yang berlaku. That is so not me.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)