Kebendaan

"Saya telefon dari Syarikat Celcom, nombor encik telah menang peraduan tahunan kami. Encik dapat hadiah tempat ketiga berupa RM5000 ya.. Tapi sebelum itu, boleh tak encik pergi ke ATM yang terdekat untuk penerimaan duit ni, sebab untuk elakkan penipuan, kita tak boleh guna cara bank-in akaun.." - private number
"Tapi mesin ATM saya jauh sekarang ni..." - balasku
"Takpe, macam ni; encik pergi berjalan ke mesin ATM sekarang, tak perlu tutup (hang) handphone, biar je telefon ni bersambung lepas tu bila dah sampai kat ATM encik bagitau saya ya? Hari ni hari terakhir untuk ambil hadiah, mesti cepat ya.."
"Maaflah, saya tengah kerja ni. Tak boleh nak pergi ke mesin ATM sekarang.." 
 "Duuu........ " <-- bunyi dah hang telefon ^-^!
Pernah alami adegan tersebut tak? Sebelum ni, aku sekadar dengar-dengar sahaja cerita daripada kawan-kawan sekeliling. Namun, ni kali pertama aku mengalaminya tadi. Misterinya aku tak ingat pernah menyertai apa-apa peraduan pun, macam mana boleh tiba-tiba menang pula? Memang meragukan.. Jadi akhirnya aku bertindak menolak secara baik (tak mahu la tiba-tiba bertempik marah si penelefon itu ^-^!)

Alang-alang ni, ingin aku kaitkan dengan satu adegan lain yang pernah berlaku suatu masa dulu. Pada masa itu buat julung kalinya aku memenangi cabutan bertuah ketika majlis makan malam rasmi, namun aku tidak menggambarkan ekspresi gembira ceria. Maka ini membuatkan seorang sahabat bertanya;
"Kenapa awak tak gembira bila menang cabutan bertuah ni? Pelik la. Awak tak suka dapat hadiah eh?"  (nota - namun sekarang aku dah sedar betapa perlunya respon ceria sebagai tanda menghargai usaha orang lain untuk gembirakan kita ^-^ Maaf, maaf)
Fokus - kebendaan bukanlah segalanya
Alhamdulillah. Aku dibesarkan dalam latar keluarga yang serba cukup (aku takleh kata mewah, sebab memang serba biasa je semua barangan di rumah aku). Segala keperluan setakat ini dapat dipenuhi tanpa menyusahkan pihak lain dan atas sebab tersebut aku memang bersyukur sangat.

Dari latar belakang tersebut, apabila meningkat dewasa ni, aku dah menetapkan pendirian bahawa Kebendaan bukanlah segalanya. Sungguhpun segala keperluan kita dapat ditunaikan, namun aku perasan adanya perkara yang tak dapat dibeli melalui 'wang' dan kebendaan v_v
"Terkadang, aku tak dapat rasa kasih sayang di sebalik pemberian tersebut.."
Logiknya bila senang minta dan senang dapat, kita (sebagai peminta) ada membentuk satu mindset "tak begitu menghargai" (eg. hmph, dia takde bersusah payah untuk aku pun) pemberian tersebut, malah mungkin lebih menganggap itu adalah sebagai satu kemestian pula.

Tak bestnya pemikiran sedemikian. Aku tak nak. Jadi hasilnya perkara yang berkaitan dengan kebendaan (seperti cabutan bertuah, tawaran wang dll) ini tak begitu memberi kesan kepadaku..

Aku pernah dengar sebilangan respon kata hikmah tersebut. --> Money can't buy happiness, but it's more comfortable to cry on Lamborghini rather than a bicycle. dan aku hanya menganggap respon tersebut sebagai seloroh / gurauan semata-mata. Sebab pada hakikatnya aku tetap dengan pendirian asal aku;
"Bahkan kekayaan boleh mengundang musibah dan kecelakaan terutamanya apabila wujud perasaan hasad dengki dan cemburu dari orang sekeliling" - entri kaya
Dalam bab ni, aku  mengagumi Rasulullah s.a.w yang mana ketika baginda ditawarkan harta, pangkat, wanita dan macam-macam lagi kemewahan dunia agar baginda menghentikan dakwah baginda di Kota Mekah namun baginda tetap gah dengan pendirian tersebut dan tidak terpedaya dengan semua duniawi yang ditawarkan..


Some other stream of thought
  • Walaupun pada akhirnyanya aku tak terpedaya dengan umpan tersebut, namun tetap terdetik dalam hati akan impian memiliki harta yang banyak >_<! Astagfirullah.. Aku akui perasaan memiliki harta itu memang fitrah semula jadi sebagaimana dalam hadith berikut:  (juga dipersoalkan dalam entri business saving)
Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.” (Riwayat Bukhari no. 6438) 
  • Dari pendirian tersebut juga, aku banyak kali meluangkan masa hidup di kampung foster di Sarawak (walaupun aku ni budak bandar ^-^!). Bagi mendalami erti kehidupan dengan keluarga yang berusaha membanting tulang.. 
(gambar hiasan) mungkin mereka tak kaya, namun mereka ada definisi kebahagiaan tersendiri ^-^
  •  Dan sedikit nasihat untuk diri sendiri (dan kawan-kawan), sila lihat hadith (gambar) berikut;

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)