Sebarkan salam

Selepas punch in kad kedatangan kerja, aku berjalan masuk ke dalam wad menuju ke bilik staf untuk meletakkan beg. Kelihatan sekumpulan staf jururawat sedang melakukan passover (pertukaran shif) sesama mereka di laluanku..
"Morning~ morning~ ^-^!" - tegurku secara bersahaja sambil melintasi kumpulan tersebut (aku tegur sebab mereka pandang aku, sebaliknya aku akan senyap je pass through ^-^!)
"Apa morning-morning?? Assalamualaikum, Waalaikumsalam~ " - balas sister bertugas dari kalangan kumpulan ketika itu
 "Waalaikumsalam" ^-^! 
Kan sendiri dah kena~ ^-^! Adoh~ Tapi betul la, ada benarnya teguran tersebut. Kita umat Islam ada cara bertegur sapa dan ucapan tersendiri yang lebih istimewas. Kenapa la diutamakan sangat ucapan-ucapan biasa itu..? Apa-apapun, seraya ku teringat akan satu lagu (nasyid) ni.. Jom dengar jap, dari kumpulan Rabbani:


Fokus - sebarkan salam 
Ya, sebaiknya bagi umat Islam untuk sebarkan ucapan salam terutamanya sesama muslim ^-^ Istilah "Assalamualaikum" ini diertikan sebagai "Salam sejahtera ke atas kamu (semua)" adalah ucapan khas yang untuk muslim sesama saudaranya. Malah terdapat hadith yang menyatakan kepentingan menyebarkan salam ni:
"Kamu tidak dapat masuk Syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak benar-benar beriman sehingga kamu berkasih sayang (sesama muslim). Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu amalan apabila kamu lakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam antara kamu" (Riwayat Muslim no.54)
Jadi berdasarkan hadith tersebut, menyebarkan salam boleh mendatangkan kesan yang mendalam terhadap seseorang. Selain memadamkan rasa benci dan dendam, ia juga boleh mendatangkan kasih sayang.
Kalau nak dibayangkan, antara orang miskin dan orang kaya pasti wujudnya jurang sosical (yang mana orang kaya akan memandang rendah kepada yang miskin sementara yang miskin mempunyai prasangka buruk kepada yang kaya).. Namun, melalui salam masing-masing dapat merasakan mereka mengambil berat sesama mereka.. Menarik, kan? Sama macam contoh aku tadi: doktor dan jururawat, dan mungkin dengan makcik cleaner pun boleh begitu..
Bila dah tahu tentang kelebihan salam ini,  maka umat Islam disarankan untuk mengucapkan salam kepada ramai (tak kira kenal atau tak) agar mereka dapat saling mengenali dan bermesra..
Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w "Apakah amalan Islam yang baik?". Sabda Rasulullah s.a.w, "memberi makan, mengucapkan salam kepada mereka yang kamu kenali dan tidak kamu kenali.." (Riwayat al-Bukhari no.12, Muslim no.39)
Jadi jom? Aku la yang kena berubah banyak ni ^-^! Takpe, aku ajak diri sendiri dan kawan-kawan agar berusaha menyebarkan salam ni.. Insya-Allah~



Some other stream of thought
  • Ucapan salam ni lebih kepada satu doa. Maka dengan sebab itu, adalah sunat untuk memulakan salam tetapi wajib untuk menjawab (membalas) salam tersebut.
  • Nak menjawab salam pun sebaiknya perlu setara atau lebih baik, seperti mana Firman Allah:
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam dll), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan cara yg sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu." (Surah An-Nisa' 4:86)
  • Adanya situasi tertentu yang mana beri salam (dan menjawabnya) tidak digalakkan.. Let's check it out some other time ^-^! to be continued..
-------------------------------------------------------------
Antara Siri nasihat lain yang pernah aku tuliskan dalam blog boleh rujuk laman (page) ini --> Nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)